Hari ini adalah hari terakhir spring untuk tahun ini. Untuk aku juga.... :-(. Tahun depan masa spring aku bukan lagi di Adelaide. Dah di Malaysia, insyaAllah....
Bangkit dari suhu yang sejuk selepas winter. Sebelum gugur, pokok jiran sebelah rumah aku ini berbunga lebat.
Bila bunganya berguguran jatuh ketika di tiup angin, masa tu perasan seolah-olah snow yang turun. Pernah sekali anak kepada seorang rakan bila sampai-sampai je depan rumah aku ketika melihat situasi ni, dia berkata... "Waaauw.... rumah auntie Nani ada snow la....."
Pokok rosemary ni pun turut berbunga.
Masa ni masih lagi berada dalam cuaca yang kadang-kadang tak sabar menahan suhu yang sejuk. Masih lagi takut-takut menyentuh air. Kali ini akan rasa lah pula suhu yang tinggi macam kat Malaysia. Walaupun untuk tiga bulan sahaja cukuplah untuk memeritkan keadaan. Panas dan kering. Semalam pun suhu dah jadi naik sampai 38 degree C. Jumpa kawan-kawan kat kelas semalam pun aku tengok muka mereka dah merah-merah kepanasan. Muka aku pun... Ini belum lagi 40 degree atau lebih macam tahun lepas. Dengar-dengarnya summer tahun ini bakal menjadi tahun terpanas dalam musim panas berbanding tahun-tahun sebelumnya. MasyaAllah....
Rutin la tu... Selamat tinggal spring dan esok selamat datang untuk summer 2012.....
No comments:
Post a Comment