Total Pageviews

Saturday, 12 November 2011

Sambutan Raya Korban MyPSA

Seperti yang dirancangkan, sabtu jam 10.30 pagi, majlis sambutan hari raya korban diadakan oleh MyPSA bertempat di Bonython Park, Port Road. Ini adalah majlis ke-2 raya haji sebegini yang aku hadiri. Pada tahun pertama aku di Adelaide, tiada acara korban diadakan oleh persatuan pelajar postgrads. Malah MyPSA pun belum ditbuhkan lagi pada masa itu. Jadi insyaAllah, majlis raya dan jamuan dengan daging korban ini akan dilaksanakan setiap tahun oleh MyPSA.
Salah satu tempat makan yang selesa disediakan.
Meja makanan utama, juga tempat minuman disediakan. Menu utama terdiri dari pelbagai nasi beriani, roti Afghan, kari lamb, ayam serta lamb BBQ. Terdapat juga berjenis2 kuih muih pencuci mulut, buah-buahan dan salad. 
Beberapa foto kenangan.


Diselitkan juga di dalam acara majlis ini ialah ucapan daripada mereka yang bakal pulang ke tanah air setelah selesai pengajian mereka di Adelaide ini. Juga beberapa ucapan dari mereka yang baru sampai ke Adelaide bagi memulakan pengajian mereka.

En Nizam & Mashithah bakal pulang awal bulan februari 2012.

En Sanusi (berbaju kuning) & Linda serta En Saiful (berbaju maroon) dan Zainun juga bakal pulang ke tanah air.


Begitu juga Dr Hafiz dan Dr Sunita bakal pulang ke tanah air.
Ucapan memperkenalkan diri oleh En Yahya yang menetap di Barossa Valley.
Selepas kekenyangan, semua orang bersedia untuk bergambar beramai-ramai. Masa ni tengah panas ni...
Alhamdulillah, kaum lelaki dapat solat berjemaah selepas masuknya waktu zohor, diikuti sedikit tazkirah ringkas selepas solat.
Sorang demi seorang beransur pulang, aku pun begitu juga, mahu solat di rumah. Semakin cantik pulak aku tengok pemandangan di Park ini, tak perasan sebelum ni ada tasik, tapi tak tahulah, mungkin baru di buat kot. 
Kepada AJK MyPSA, terima kasih atas usaha yang gigih dan padu untuk menganjurkan majlis ini dan tahniah atas kejayaan serta kelancaran majlis raya ini. InsyaAllah ditahun depan jumpa lagi.......

Posted by Picasa

No comments:

Post a Comment