Total Pageviews

Thursday, 10 November 2011

Pengagihan Daging Qurban

Allahu akbar...Allahu akbar...Allahu akbar......Alhamdulillah semalam telah berlangsung satu ibadah qurban yang telah disertai oleh ahli MyPSA. Tahun ini 1432H, sebanyak 28 ekor lambs telah dikorbankan. Harga sebahagian lamb ialah $115 untuk ahli atau $125 untuk bukan ahli. Manakala harga sebahagian lembu pula ialah $200 untuk ahli atau $210 untuk bukan ahli. Namun kerana tidak cukup bahagian untuk mengorban seekor lembu, maka keputusan diambil untuk hanya mengorbankan lamb sahaja.

Hari ini kira-kira jam 9.30 pg, daging-daging lamb yang dikorbankan itu telah diambil dari butcher Adam dan telah dibawa ke rumah Dr Azarisman selaku tempat pengagihan untuk orang ramai.

Kerja-kerja penyemakan, pengasingan, timbangan, pembahagian dan pengagihan dilakukan secara gotong-royong oleh beberapa ahli yang berkelapangan. Orang lelaki menguruskan hal-hal pembahagian daging manakala orang perempuan pula sibuk menyediakan bahan-bahan masakan dan memasak di dapur.
Kereta Suhaizan merupakan salah sebuah kenderaan yang diamanahkan untuk memikul tanggungjawab untuk mengambil daging dari butcher. Maklumlah ada ruang yang besar. Banyak sungguh jasa kereta dia ni. Daging diambil dari pintu belakang butcher kerana ia lagi mudah untuk diangkut.
Sebesar2 ruang pun, bila diisi dengan daging-daging qurban yang banyak tu, penuh juga keretanya.
Bila dah diangkut masuk ke ruang pengagihan, maka bermulalah kesibukan kerja-kerja penyemakan, pengasingan, timbangan, pembahagian dan pengagihan. Daging-daging itu dikeluarkan. Sebahagian untuk dimasak sup, sebahagian untuk jamuan MyPSA dan yang selebihnya untuk diagihkan kepada orang ramai.


  

Begitu cekap sekali kerja-kerja pengagihan daging qurban ini dilakukan. Semuanya nampak bersemangat dan bersungguh-sungguh.
Daging-daging qurban yang telah siap dibungkus, diagihkan dan bersedia untuk diambil oleh orang ramai. Masa untuk orang ramai mengambil daging qurban ini di buka bermula jam 2.00 pm. Namun tidak dihalang kiranya ada yang ingin mengambilnya lebih awal sekiranya sudah bersedia.
K Rin tersenyum girang dan Syitah tu nampaknya sudah siap menyediakan sambal belacan untuk dimakan bersama daging sup nanti.
  
Orang perempuan pun sama sibuknya dengan riuh rendah suara mereka menyediakan juadah di dapur.

Kira-kira jam 5.30 pm, baru aku balik ke rumah. Singgah jap rumah Alaa, bagi daging qurban kat dia dalam dua kilo. Kat rumah pulak hubby sibuk lagi packing daging bahagian kami untuk di simpan dalam peti sejuk. Bukan apa, pack kecil-kecil untuk sekali makan. senang bila nak masak nanti.
Alhamdulillah segala kerja selesai dilakukan dan dipermudahkan oleh Allah. Semoga amalan qurban kita diterima Allah dengan pahala yang berlipat ganda. Semoga berkat juga bagi mereka yang mengorbankan sedikit masa untuk datang membantu dan meringankan kerja-kerja pengagihan ini. Semoga kita semua mendapat ganjaran pahala dari Allah subhanahu wata'ala....
Posted by Picasa

No comments:

Post a Comment