Total Pageviews

Wednesday, 16 November 2011

Last Findon English Class 2011 Session


Bersama teacher dan freinds dari kelas di Findon. Dari kiri belakang; Robin (China), Bonica, Elizebeth, Teacher Margaret, Sun (Vietnam), Alex (Brazil), duduk dari kiri ialah Fatma (Brazil), Tina (China), Patricia (Spain) dan Aku sendirilah tu...
Tak terasa masa begitu pantas berlalu, rasa baru saja menyambut tahun baru 2011. Terasa baru saja memulakan kelas Inggeris diawal tahun. Tak terasa pula hari ni adalah hari akhir aku di kelas inggeris untuk sesi 2011 ini. Sedih pulak rasa hati untuk berpisah dengan rakan-rakan yang selalu tak lekang dengan gurau senda.
Terkilan juga kerana ramai rakan yang tidak hadir pada hari ini. Namun kelas berjalan lancar seperti selalu juga. Hari ini teacher Rhonda dah start bercuti, yang ada hari ni cuma teacher Margaret je. Sepatutnya kelas bergabung hari ni menjadikan kelas semakin ramai, tapi tak seperti yang dijangkakan. Walau bagaimana pun kelas tetap ceria seperti selalu.
Rakan yang berasal dari China (Tina) dan Patricia (Spain).
Fatma dari Brazil tengah menulis alamat emailnya untuk aku hantar gambar pada dia.
Mengemaskan kelas sebelum balik. Meja dan kerusi perlu di kemaskan kerana tiada lagi kelas untuk sesi ini.

Terima kasih kepada semua rakan-rakan atas kerjasama yang diberikan sepanjang kita sama-sama berada di kelas Margaret. InsyaAllah sesi depan kita jumpa lagi.....
Posted by Picasa

2 comments: