Total Pageviews

Wednesday, 30 November 2011

BisNess BiDanG TErJuN

Suatu pagi, tengah aku asyik menonton sambil main game kegemaranku, aku didatangi oleh satu sms yang aku tak tahu daripada siapa. Smsnya untuk bertanya dan meminta aku menyediakan dua jenis kuih bagi majlis conference anjuran MyPSA yang berlangsung selama 2 hari iaitu sabtu dan ahad.

Agaknya setelah lama aku tidak replykan, tiba-tiba datang lagi satu sms, rupanya K Rin yang empunya diri. Setelah meminta pandangan hubby, aku pun dengan senang hati menelifon K Rin. Asalnya mahu menolak dengan lembut, tapi mengenangkan K Rin seolah amat mengharap, maka aku pun bersetujulah.
Aku terima untuk menyediakan satu kuih yang dicadangkan oleh K Rin untuk hidangan minum petang sabtu tu. Pulut inti sebanyak 40 biji. Ok.... Aku ke kedai dapatkan bekalan....
Pulut inti simple aku buat. Kata K Rin, buat kuih yang setiap satunya berharga aud 60 sen. Cara-cara ringkas penyediaan ;
Beras pulut di rendam terlebih dahulu sebelum dikukus.
Selepas 15 - 20 minit, angkat pulut kukusan pertama untuk di 'arung'.
Arung dengan santan pekat. Aku pakai 3 tin santan ni untuk 2 kilo beras pulut. Sorrylah sebab buat kurang lemaknya. Lepas tu kukuslah pulak untuk kali keduanya. Kadang-kadang bila aku buat sikit je pulut ni, aku hanya masak pakai microwave je. Memanglah lagi cepat. Tak perlu 2 kali masak. Sekali gus je.
Untuk buat intinya, kat Adelaide ni, gunalah apa yang termampu. Aku pakai kelapa kering ni. Ok je...
Masak air gula melaka bersama gula dan secubit garam, masukkan kelapa kering tadi,agak-agaklah manisnya ya. Kacau sentiasa sampai kering airnya.
Nak senang dan cepat, aku masukkan terus ke dalam bekas kecil ni. Sedia untuk dibuat penghantaran bagi minum petang.
Tugasku belum selesai, kerana esoknya adalah giliranku untuk menyediakan kuih bagi sesi minum pagi ahad pula. Ideaku nak buat kuih 'buah peria'. Tapi ini buah peria yang rasa manis tau, bukan yang pahit tu..... Caranya pun simple juga, lebih kurang ginilah....
Kacang ni aku rendam dulu beberapa jam sebelum ku rebus untuk buat inti kuih peria ni. Semasa dah lembut, tambahkan secubit garam dan gula semanis rasa. Kacau sentiasa juga hingga kering airnya.
Bila dah lembut dan kering, beginilah rupanya. Siap untuk dibuat inti.
Daripada inti tadi, buat bulat-bulat membujur supaya senang nak membentukkan buah peria nanti. Ok.... lepas ni baru boleh bancuh doh untuk kulit peria pulak.
Untuk kulit peria ni, pakai tepung pulut. Aku campur juga dengan sedikit tepung beras supaya tak lah nanti kulitnya terlalu melekit. Ok jom mulakan uli tepung.....
  
 
 
Hijau, merah dan kuning, tiga warna famous buah peria dekat negeriku Kelantan. Rindunya.... sebab ini memang salah satu kuih kegemaranku. Lepas doh dah jadi, bolehlah bentuk-bentukkan buah peria ni.
  
Dah siap dibentukkan, kukuslah kuih ni selama kira-kira 10 hingga 13 minit. Sekejap je kan....
 


Dah masak lah..... Selepas siap dikukus, kuih ini perlu disejukkan dahulu sebelum dibungkus.

Wow....cerianya.... mari-mari... satu 60 sen......

Permintaan penaja supaya setiap biji kuih di wrapkan satu-satu. Sekarang dah siap untuk dibuat penghantaran. Memang nampak ceria warnanya. Agaknya sebab itulah kuih ini menjadi kegemaranku sejak kecil. Inilah salah satu kuih tradisional bagi negeri Kelantan. Suatu masa dulu, mak mertua ku buat kuih ni setiap pagi untuk di jual. Sekarang ni tidak lagi kerana tak sempat tangan. Tukar selera kepada kuih-kuih lain pula....
Posted by Picasa

No comments:

Post a Comment