Total Pageviews

Saturday, 19 November 2011

BerBBQ di BaCK YarD

Kerana terlalu sukakan masakan kebab Uighur, sedangkan untuk pergi singgah selalu tentunya kena keluarkan belanja yang melebihi limitku di Adelaide ni, membuatkan aku selalu try and error, servey internet tentang bagaimana cara memerap kebab Uighur style ni.
Sekali dua memang tak menjadi, beberapa kali... bolehlah baru ada rupa dan nyaris-nyaris rasa. Puas hati makan. Belanja pun lagi jimat berganda-ganda.
Untuk buat kebab ni, aku beli daging lamb bahagian paha di Vatan Supermarket, potong2 isinya jadikan kiub. Perapnya aku tak buat lama kerana tak nak hilang kesegarannya. Habis je perap terus je bakar.
Kebab sedang dibakar

Gambar kiri dan kanan ini kiranya masa baru-baru membuat percubaan. Masa tu skewers kebab belum jumpa lagi. Pakai buluh sate je.



Dah lama-lama tu, bila dah ada skewers kebab ni, kira berjaya jugaklah. Cuba bandingkan kebab yang aku punya pada gambar kiri (belum ditabur cayenne papper) dengan kebab dekat restoren Uighur di sebelah kanan ni... Boleh lah....


Masa ni aku buat sekali nasi beriani ni untuk dimakan dengan kebab tadi. Menjadi jugaklah aku punya angan-angan nak buat kebab Uighur Style ni. Suatu masa nanti aku berazam nak cuba buat nasi polo Uighur style pula. Bila buat nanti, aku ceritakan ya...
Posted by Picasa

No comments:

Post a Comment