Total Pageviews

Tuesday, 1 November 2011

Kembali ke EngLish Class


Setelah sekian lama mencutikan diri kerana mengasuh Iffa, baru hari ini aku dapat menghadiri kembali English Class ku di Findon ni. Rindu rasanya pada teacher2 dan rakan2 sekelas. Sampai2 je, salah seorang rakan bertanya "Hai.... Where have you been for a long time...."? Maka berceritalah aku tentang 'kehilanganku' dari kelas selama lebih 3 bulan itu. Mereka ingat aku dah balik Malaysia.

Memang ada perbezaan dulu dan kini..... waktu tetap sama. Cuma teacher hari ni dah bertukar kepada orang lain. Terpaksalah aku berkenalan lagi dengan teacher baru ku ini. Seolah aku pula adalah pelajar barunya. Alhamdulillah aku dapat mengikuti kelas teacher baru ini dengan OK walaupun cakapnya laju sikit. 
Cuma aku sedikit terkejut bila kelas hari ni hanya berjalan sejam sahaja. Rupanya ada makan2. Kawan sebelahku memberitahuku bahawa hari ini adalah hari 'Multiculture Day". So, special lah sikit. Kami semua pelajar kelas english ni dijemput makan. Satu hal lah pulak, aku memang takut kalau ada sesi makan2 dekat English Class ni. Aku nak makan apa.........? Minum bolehlah.
Sebelum makan tu ada sesi berkenalan dulu. Nasib baik simple je, hanya bagitau nama dan negeri mana. Tu je. Aku je muslim masa tu. Tapi dia orang ok je.
Dalam perasaan serba salah, aku takde lah joint dia orang makan. Cuma sembang2 kejap je. Tak lama aku tunggu, leka je dia orang, aku bagi tau salah seorang kawan yang aku dah nak balik dah. Alhamdulillah.... leganya dapat balik........................

Posted by Picasa

No comments:

Post a Comment