Total Pageviews

Tuesday, 15 November 2011

Islamic College Carnival

Hari ahad yang lepas, seharian masa ku penuh dengan aktiviti. Pada paginya aku ke pasar sekejap menjenguk keperluan harian seperti sayuran dan buahan, diikuti tengaharinya aku ke satu karnival yang diadakan di Islamic College, manakala petangnya pula aku ke rumah K Has atas jemputannya sempena menyambut kepulangan suami tersayang En Zul dari Malaysia. 
Mengenai Karnival yang diadakan  di Islamic College yang terletak di Ellen Street, West Croydon telah bermula pada jam 12.00 tengahari. Kenapa tengahari ye? Kenapa tak start pagi? Entah.... Panas betul masa tu. Sampai-sampai je, dah banyak kereta dan sesak pula jalan. Susahnya nak cari parking. Akhirnya dapat juga parking, tapi jauhlah, kena jalan dalam kira-kira 300 meter. Tapi tak apa, kira exercise ditengahari.

Dari jauh kedengaran hiruk pikuk jeritan dan suara yang riuh-rendah kanak2 dan orang dewasa yang menyertai permainan yang disediakan. Ada dalam empat permaianan yang besar kalau tak silap aku, Big Slide, Ali Baba, Jet dan satu lagi macam buaian pusing yang besar juga. Dengan bayaran Aud 10, dapat naik semua permainan, kira ok sangat la kan... Teringat pula aku dah pernah rasa naik jet dan Ali Baba masa  benda tu dipasang di Semaphore Beach tak lama dulu. Memang seronok walaupun sesekali terasa gayatnya.
Banyak juga gerai2 dibuka yang terdiri dari gerai pakaian, aksesori, makanan dan minuman. Salah satu kiosk yang aku singgah ialah yang inilah; kiosk yang disewa oleh K Rin ni. K Rin menjual berjenis2 pakaian, tudung, telekong dan sebagainya. Yun pula busy dengan aiskrim Malaysianya manakala seorang lagi K Nita dengan jualan Enjonya. Hebat2 belaka mereka ni dengan bisnes masing2.
Sempat lagi aku tarik Yun yang tengah sibuk untuk bergambar.
Aku berkenan pulak tengok baju panjang ni, kena gi try dulu kat tandas. Fitting Room tak disediakan. Selepas mencubanya, ok sangat dah, aku setuju belinya dari K Rin.

Semoga Karnival ini dapat mencapai matlamatnya dengan jayanya. Bagus juga ada festival sebegini. Sebelum ni aku tak pernah masuk pun ke kawasan college ni. Dengan adanya program begini, boleh menarik pengunjung untuk datang beramai-ramai, melihat sendiri suasana college ini dengan lebih dekat lagi. Orang kata 'tak kenal maka tak cinta....'
Posted by Picasa

No comments:

Post a Comment