Total Pageviews

Tuesday, 22 November 2011

Baju ku perlu di repair

Kadang-kadang untuk memulakan sesuatu kerja itu amat berat sekali. Padahal bukan susah sangat, bila dah mula buat tu baru rasa ok. Setelah dua minggu aku bertangguh-tangguh nak baiki baju yang aku beli dari K Rin di gerainya semasa Islamic College Carnival, baru hari ni aku rasa macam rajin sikit dan tergerak hati nak buat.
Biasalah aku ni, manusia yang bukannya sempurna. Baju tu lagi lah tak sempurna untuk aku. Selalunya kalau aku beli baju labuh, jarang sekali yang terus padan dengan ketinggian ku. Boleh dikatakan hampir semualah baju labuh yang aku beli perlu ku potong sikit dua tiga inci pada bahagian kaki. Ya lah baju tu direka untuk orang yang tinggi, sedangkan aku ni termasuk dalam kategori yang agak sederhana. Tapi aku tak kisah pasal ni sebab dah terbiasa, jumpa yang berkenan je, harga pun jika mampu, aku beli jelah. Pasal nak repair, aku boleh buat sendiri.....
Harga yang tergantung dibaju tu ialah aud 45, bukan selalu aku beli baju baru kat sini. Adalah baru dalam lima ke enam kali sejak aku kat Adelaide ni. Yang kat garage sale banyaklah. Itu pun jika jumpa yang sedolar dua je. Yang 50 sen pun ada. Baju labuh ni K Rin bagi aku harga aud 40. Katanya nak habiskan stok, dia ambik harga modal je. Aku jatuh cinta pandang pertama pada baju ni, terpandang je terus aku berkenan. Seingat aku, inilah harga baju yang paling mahal aku beli kat sini. Selalunya tak lebih dari aud 15 pun. Hi hi hi... malunya nak cakap.....
Kerana baju ni labuh, aku pun potong lah mengikut ketinggian ku. Kena potong dalam 3 inci. Aku basikan (lebihkan) 2 inci untuk jahit nanti.
Lepas tu pinkanlah dengan jarum. Nanti senang nak jahit.
Disebabkan tak ada benang yang betul-betul sama warna, aku tak bolehlah nak jahit pakai mesin jahit. Nanti nampak pulak warna benang yang berbeza. Jumpa benang yang nyaris-nyaris boleh diterima masuk pada warnanya, kira boleh lah... tak berbaloi rasanya nak cari benang lain. Guna apa yang ada jelah. Lagi pun aku sendiri yang nak pakai, aku tak kisah, tapi kalau customers aku, aku kenalah kisah. Lagi pun kat Adeaide ni aku tak ada kelengkapan macam kat Malaysia. So pakai jelah mana yang ada.
Aku jahit sembat je kaki baju ni untuk menyorokkan warna benang yang berbeza dengan warna baju tu. Jadi jahitannya kurang jelas kelihatan.
Dah pun siap. Janji jangan malas. Sekejap je jahit ni, walau pun dengan tangan. Kalau pakai mesin lagilah sekejap, tak sampai 5 minit pun. Oleh itu kita kena buang sifat malas dan bertangguh-tangguh dalam melakukan sesuatu kerja ya. Kerja yang mudah pun jika bertangguh, akan jadi lambat siapnya. Sajalah ni berpesan-pesan. Perkara simple yang selalunya terjadi dalam kehidupan manusia.

Aku try pakai, sedang elok dah labuhnya. Nanti insyaAllah aku nak pakai baju ni dalam perjalanan balik ke Malaysia kira-kira dua minggu lagi. Alhamdulillah.......
Posted by Picasa

No comments:

Post a Comment