Total Pageviews

Friday, 18 November 2011

Tempahan TaPAi PuLuT

Sesekali bila terasa terlalu penat, membuatkan aku merancang untuk tidur siang. Mungkin kerana lanjutan tak mendapat tidur yang cukup pada hari minggu yang penuh aktiviti. So pagi2 isnin selepas je drive boss ke Uninya, aku cuba menggagahkan tenaga menyiapkan kain2 basuhan yang dah setinggi gunung uhud tu (ta'kid kerana terkumpul banyak sangat). Dah berapa lama terbiar tak berlipat. Kenapalah malas sangat aku nak melipat kain. Padahal kalau cuba buat, insyaAllah 10 minit boleh siap. Bukan apa, selalu bertangguh pun ada. Bila dah siap tu, lagi terasa penatnya. Jadi aku layanlah mengantuk tu, baring je terus lena.
Sedar2 bila telefon bimbitku berbunyi. Liza rupanya. Mengundang jemputan untuk majlis hari jadi anak sulungnya, Alisya. Satu lagi permintaannya ialah supaya aku buat tapai pulut untuk majlis tu. Boleh je, aku pun memang tahu yang Liza dan husbandnya memang suka makan tapai pulut. Jadi aku pun membilang hari yang sesuai untuk memulakan tugasku itu. Sekurang2nya kena buat dua malam sebelum. Biasalah... tapaikan... Bahannya aku beli dekat Asian Grocery di Findon.
Saja mencatat kenangan di sini.... aku memulakan proses membuat tapai ini dengan terlebih dahulu merendam beras pulut kira-kira 15 minit hingga setengah jam. Aku buat dalam dua kilo beras pulut.
Dah tu, masukkan beras pulut yang dah direndam tadi ke dalam periuk pengukus. Mujur ada pengukus besar yang dijumpa kat garage sale ni. Kena dua kali kukus. Berdasarkan pengalamanku, tapai tak boleh masak jika hanya pulut dikukus sekali. Tak tahulah kalau yang kalian buat.
 
 
Selepas dua pulut minit hingga setengah jam ( bergantung kepada berapa banyak beras pulut digunakan), keluarkan pulut ke bekas, masukkan semangkuk air dan gaul balikkan. Orang kelantan kata 'arung'. Itulah istilah yang ku pakai sejak kecil bila merujuk kepada 'kacau' bahan yang dikukus dua kali.
Selepas diarung dan dibiarkan seketika, pulut dimasukkan balik ke pengukus untuk dikukus buat kali kedua hingga masak.
Sediakan bekas berupa dulang, kalau ada yang besar lagi bagus, sekaligus je. Dulang ini untuk menyuamkan pulut yang dah masak.
Biarkan pulut menjadi suam sebelum ditaburkan ragi.
Inilah rupa ragi yang ku beli tu. Masih dalam palstik.
Hancurkan ragi tu menjadi debu. Ragi ni keras sebenarnya, jadi aku pakai lesung untuk menghancurkannya. Kalian ada idea tak bagaimana cara nak hancurkan ragi yang keras ni? Guna blander kering bolehke? Entah. Boleh lah kalau nak cuba.
Bila dah suam-suam tu, taburkanlah ragi pada beras pulut tu. Orang kelantan kata 'peru' ragi.
Macam yang aku cerita sebelum nilah. Dah tabur ragi tu, masukkanlah ke dalam bekas bertutup untuk diperam dalam dua malam. Kalau kat kampung, bungkuslah dengan daun pisang atau daun getah. Eeee... rindunya...... Tapi kat sini hanya buat tapai ladun je lah... Tapai ladun...? Maksudnya peram dalam satu bekas, bukannya bungkus dalam daun.
Lepas tu bekas tu di bungkus dengan kain tebal dan bolehlah di peram. Ini cara tradisional. Aku tak tahulah pulak kot2 dah ada cara yang lebih canggih. Untuk masak bergantung kepada cuaca, jika musim panas ni dua malam dah boleh masak. Dulu buat masa winter, lambat masak, kena letak tepi heater je.
 
Look....! Selepas dua malam dah masak tapainya. Rasanya dah cukup manis.
 
Aku pindahkan tapai ini ke bekas lain dan siap untuk buat penghantaran. Majlis hari jadi ni akan berlangsung di Bonython Park pada hari ahad jam 10 pagi. Sebenarnya hari dan waktu tu, aku telah merancang awal untuk ke satu pantai. InsyaAllah aku cuba pulang seawal mungkin jika tak terleka untuk menghadiri majlis ini. Aku dah maklumkan awal2 pada Liza supaya dia tak berkecil hati. Kita hanya merancang dan Allah yang menentukan, sesungguhnya perancangan Allah adalah yang terbaik.
Posted by Picasa

No comments:

Post a Comment