Total Pageviews

Monday, 21 November 2011

Sarapan SiMpLe bersama koy

Masa begitu laju berlari, pejam celik dah dua minggu berlalu dan seperti biasa Koy akan kembali ke Australia menjalankan tugasnya di sini. Aku tahu Ros mesti tengah bersedih. Sabarlah ya Ros, anggaplah ini sebagai rutin mingguan yang perlu dilalui. Sebelum ke Alice Spring, seperti biasa Koy akan transit dulu di Adelaide sebelum meneruskan penerbangan ke Alice Spring keesokan paginya. Kami awal2 lagi meminta Koy singgah bersarapan di rumah kami. Alah... yang simple-simple je.
Memang simple je sarapan yang aku sediakan. Ini ialah mee hoon goreng cina.
Aku bakar sedikit ayam black papper. Makan dengan mee hoon goreng cina tadi.
Ini pula permintaan hubby sebab dah lama tak buat pulut pagi. Pulut pagi ni adalah sarapan tradisional masyarakat negeri ku, Kelantan. Ianya dimakan bersama kelapa parut yang digaul dengan sedikit garam.
Yang ini... seperti biasalah, hubby menyediakan teh tariknya.  
Eeem....... jeligha betul makan sarapan pagi ni. Kenyang sangat la pulak. Tak apalah kira untuk makan tengahari terus, kerana selalunya aku tak makan tengahari. InsyaAllah petang ni kami nak ajak Koy makan malam di sini. Aku rancang nak masak curry lamb. Simple jugaklah. Lagi pun lamb korban hari tu masih ada. Saja nak bagi dia rasa daging korban sini. Nanti... tunggu laporan menu dinner pulak ya.....
Posted by Picasa

No comments:

Post a Comment