Total Pageviews

Wednesday, 9 November 2011

Takbir malam raya di rumah A Syed K Yatt

Kebiasaannya sambutan raya tidak meriah jika tidak mengadakan takbir beramai-ramai pada malam raya. Nak kumpul semua orang susahlah sikit sebab tau-tau jelah tentang masalah ruang dan tempat. Kiranya ia diadakan dalam group yang kecil pun dah kira ok dah.
Untuk takbir malam aidil adha ditahun ini, K Yatt telah menjemput beberapa keluarga terdekat datang memeriahkan takbir raya di samping mengadakan jamuan malam raya di rumahnya.
Setelah selesai solat isyak, takbir dilakukan dan diiringi dengan sedikit tazkirah yang disampaikan oleh Dr Azarisman. Majlis diakhiri dengan jamuan menu hari raya masakan K Yatt.
Ini adalah 'black forest cake', Kata K Yatt dia membelinya sempena menyambut hari raya ini. Selain yang ini, Kyatt ada masak ketupat dengan rendang daging dan sambal jawa dan dessert. Aku hanya bawa teh tarik je. Banyak lagi menu yang kawan-kawan lain bawa.

Suasana keceriaan sambutan malam raya..... Tapi aku tak boleh berada lama di situ kerana masih banyak lagi tugas-tugasku yang perlu di selesaikan di rumah  malam ini. Esok jumpa lagi kawan-kawan............

Posted by Picasa

No comments:

Post a Comment