Total Pageviews

Monday, 14 November 2011

Gathering di Rymill Park

Tak pernah aku dengar tentang Rymill Park sebelum ini sehinggalah di suatu hari minggu aku ke sana kerana mengikuti hubby yang ada majlis gathering bersama beberapa rakan-rakan international student di fakultinya. 

Rymill Park ini terletak di East Terrace, sebelah timur Adelaide CBD. Tempatnya memang cantik dan selesa. Parking pun mudah nak cari, lebih-lebih lagi jika kita datang awal. Berbagai kemudahan disediakan di park ini, sebagaimana juga di Park lain, di sini ada tempat untuk berBBQ. Istimewanya di park ini juga, bila kita dapat menyewa rowboat dengan harga yang berpatutan untuk menghayati keindahan tasiknya dan melihat itik yang jinak berenang-renang. 
Selain itu, terdapat juga tempat berteduh di bawah naungan atau bayangan pokok yang besar, menikmati kecantikan bunga-bugaan yang berwarna-warni, juga boleh menikmati minuman coffee di satu kiosk serta yang penting juga terdapat playground untuk kanak-kanak bermain dengan girang.
Hubby bersama pensyarah dan rakan international tengah berBBQ. Antara menu yang ada ialah ayam, lamb, beef dan sausage BBQ. Terdapat juga salad dan dessert yang dibawa masing2. Seorang rakan dari Oman telah menguruskan hal penyediaan makanan dalam mencari yang halal. 
Dah boleh makan dah, biasalah sebelum makanan habis, kita dah kekenyangan.

Keceriaan semasa sesi penggambaran.
Berlatarkan tasik yang tenang dan menenangkan.
Bunga-bunga yang berwarna ceria.
Kehijauan taman, kecantikan suasana alam di sini, menambat hati ku yang baru pertama kali ke sini. Bagi yang  belum sampai, cubalah luangkan masa sekali, indah dan damai, sesuai untuk merehatkan minda yang dah penat study bagi student. Boleh lah.... InsyaAllah, aku berazam untuk datang sekali lagi ke sini....

Posted by Picasa

No comments:

Post a Comment