Total Pageviews

Wednesday, 2 November 2011

Gepps X Market bersama Ros

Salam pagi minggu buat kalian...... semoga sentiasa ceria menikmati hari-hari mendatang.......................
Setelah lebih dua bulan Ros kembali ke Malaysia for good dan selepas mendapat keputusan pengajiannya,   dia sekali lagi datang ke Adelaide kerana ada beberapa perkara yang perlu dia settlekan di Uninya. Ros akan berada di sini selama dua minggu. Selain tugas2 Uni, banyak perkara yang perlu di siapkan oleh Ros. Tapi jangan pula kacau hari minggu ya. Ada banyak program pada hujung minggu yang telah banyak meninggalkan kenangan sepanjang berada di Adelaide ni.
Ros teringin mengulangi nostalia lama semasa berada di sini. Maka pagi2 lagi aku dah kejutkan Ros dari mimpinya. Kami bersiap serba ringkas. Bukan nak ke mana pun, sebenarnya kami akan ke carboot sale di Gepps X market. Kebetulan cuaca baik hari ni. Biasanya jika cuaca ok, maka ramailah sikit peniaga yang akan datang berniaga di carboot sale tu.
Kami tiba awal, ada peniaga yang masih belum siap pun menyusun atur barang2 mereka. Tak apa, kami pusing2 dulu. Adalah juga berberapa barang menarik yang dibeli oleh kami. Dah lama tak jalan-jalan berdua.

Aku sebenarnya berhajat nak cari plastik burble wrap, tapi kurang bernasib baik kerana peniaga tempat yang aku beli plastik burble wrap tu tak datang hari ni. Menurut kata kawan2 pun dia datang sekali-sekala je. Kali ni kalau kebetulan aku datang dan dia ada, aku nak beli banyak2. Buat stok.







Hari ni aku tak beli apa sayur pun, sebab minggu lepas dah borong banyak sayur, datang ni pun kerana nak meraikan kerinduan Ros untuk ke carboot sale. Ros pulak borong banyak buah hari ni. Kami beli nectarin, apricot kecil dan besar, mandarin, mangga dan avocado. Tak apa, makan banyak buah, banyak khasiatnya kan. 


Posted by Picasa

No comments:

Post a Comment