Total Pageviews

Tuesday, 8 November 2011

Persediaan Raya Korban 6/11/11

Sekali lagi Aidil Adha bakal disambut oleh semua umat Islam di dunia ini. Perayaan yang memperkenalkan erti sebuah pengorbanan yang besar dalam agama. Ini adalah raya haji yang ke-3 kalinya kusambut di Adelaide, South Australia ini. Tahun ini hari 10 zulhijjah itu jatuh pada 6/11/11. Untuk lebih merasakan keseronokan lagi sambutan raya, aku, hubby dan Ros berpuasa sunat pada 9 zulhijjah. Kebetulan suhu Adelaide masa tu 33 degree, memang rasa keringnya tekak tapi, alhamdulillah, seronoknya menikmati waktu berbuka. 

Semua orang akan ada menu tradisi masing2 yang akan di hidangkan setiap kali menjelang perayaan. Begitu juga diriku. Salah satu menu yang seolah wajib bagi ku ialah tapai pulut. Tapai pulut perlu disediakan lebih awal sekurang-kurangnya 2 hari sebelum raya. Ini kerana proses untuknya masak mengambil masa lebih kurang dua malam dalam peramannya.
Sejak aku kecil, setiap kali raya, tapailah antara menu wajib yang akan disediakan oleh ibuku. Setiap kali itulah juga aku sentiasa membantu ibuku dalam menyediakannya. Aku akan membungkusnya dengan menggunakan daun pisang atau daun getah.
Mudah sangat cara membuat tapai ni. Beras pulut perlu di tanak atau di kukus selepas direndam sekejap supaya lebih lembut dan cepat masak. Bila diukus, akan lebih cantik rupanya. Bila pulut dah masak, sejukkan dalam dulang. Biarkan dia suam2 sikit.

Bila dah hampir sejuk tu, taburkanlah ragi (dried yis), yang telah dijemur sebentar dan di hancurkan seperti debu. Setengah orang kata letak gula, tapi aku tak pernah pakai gula bila buat tapai ni. Gula memang tak akan ada dalam ingredient untuk buat tapai ku.
Dekat Malaysia terutamanya negeriku sendiri, Kelantan, senang je nak dapatkan ragi yang elok. Tapi di sini secara tak sengaja, aku terjumpanya di Thuan Phat Mini Market. Bentuknya lain sikit, bulat macam guli. Asalnya aku mencuba saja, entah betul ke tidak, adakah ini ragi. Tapi bila dah pure rasa tapainya, betullah itu ragi........
Tak lama selepas taburkan ragi pada pulut, aku masukkanlah pulut tu ke dalam bekas untuk diperam. Kat Adelaide ni susah nak dapatkan daun pisang segar. Yang frozen tu adalah, biasalah mahal dan yang penting nya aku tak tahu apa kesannya bila aku pakai daun pisang frozen. Lepas tu tutup bekas dan balutlah dengan apa2 contohnya kain yang tebal dan simpan pada tempat yang hangat, belakang peti ais ke contohnya. Kalau kat Malaysia, kat mana2 tu ok je, suhu sentiasa panas. Kalau suhu tak cukup, takut nanti tapai tak nak masak. Lepas tu tunggulah lebih kurang dua malam untuk masak, kalau belum masak? Tunggulah lagi. Jika belum masak juga? Try tunggu sikit masa lagi. Kalau lama tunggu tak masak2 jugak? Haaa..... itu mesti ada suatu yang tak betul, samada caranya atau bahannya. Boleh check ya....
Haaa.....inilah rupanya jika tapai tu dah masak. Ini dah ranum, nampak berairnya kan..... rasanya pun amat manis, tak sesuai untuk orang yang ada kencing manis, sakit tekak dan juga sakit kepala. 
Ini pula adalah menu bukan wajib, tapi untuk memenuhi permintaan Ros yang nak makan laksa kelantan yang aku buat. Menu ni sebenarnya kami jadikan menu berbuka puasa pada 9 zulhijjah. Oleh kerana terbanyak sikit buat, lanjutkanlah supaya jadi menu raya.
Ros tengah tekun memotong dan menghiris ulam laksa.

Laksa sedang di toskan selepas direbus.

Ini bukan rendang daging tau....tapi ini adalah sate goreng yang merupakan menu wajib ku setiap kali aku sambut raya dan berjauhan dari keluarga di kampung. Kali ni aku buat tak banyak, hampir dua kilo je. Sate ni  aku goreng kerana malas nak cucuk pada lidi atau buluh, nanti lambat nak bakar bila orang dah ready nak makan. Jadi goreng sekaligus lagi senang. Ianya di makan dengan nasi himpit dan kuah kacang berulamkan bawang dan timun juga. Yalah macam makan sate kan.....
Contoh groupnya.......
Lepas tu aku suka buat ambon masa sambut raya. Ini ikut tradisi sebelah keluarga hubby. Dulu-dulu, kuih ni mereka buat untuk dijual. Satu adunan guna telur 7 atau 8 biji.
Masukkan gula juga...
Putar pakai mixer kira-kira 15 minit.
Campurkan tepung gandum dan kacau kaut balikkan
Bahagikan adunan kepada dua bahagian dengan warna berlainan dan masukkan ke loyang bergilir-gilir.
Dah ready untuk di kukus.
Periuk pengukus pun dah tersedia dan airnya pun dah mendidih.
Masukkan ke dalam pengukus dan kukus kira-kira 25 hingga 30 minit.
Dah masak dah..............
Bila dipotong, nampak macam ni....
Nak rebus telur untuk di makan sebagai lauk nasi dagang, menu pilihan hari raya.
Tengah tumis rempah kari.
Kira-kira 3 kilo ayam untuk ku buat kari.
Dah siap. Kari ayam juga sebagai lauk nasi dagang.

Penat juga rasanya. Pada malam raya tu, dalam pukul dua baru dapat rebahkan badan dan lelapkan mata. Esok kena bangun pagi untuk masak nasi dagang. Esok Hari Raya.................

Posted by Picasa

No comments:

Post a Comment