Total Pageviews

Monday, 21 November 2011

DiNNeR CuRRy LaMB LaGi

Apa boleh buat.... Daging korban masih banyak lagi yang berbaki. Pagi tadi hubby dah jemput Koy makan malam kat sini. Aku masak juga daging lamb korban ni supaya Koy dapat merasa daging korban yang dekat Adelaide ni pulak. Mungkin dia juga dah banyak makan daging korban kat Malaysia, tapi kat Malaysia jarang korban lamb. Biasanya lembulah yang masyhur.
Hampir tengahari aku keluarkan daging lamb dari freezer untuk direndam bagi lembut dulu.Tiga bungkusan aku keluarkan. Biasanya aku suka buat banyak terus, boleh simpan beberapa kali. Mungkin inilah cara orang malas. Bukan apa, senang jika tiba-tiba nak makan ngan roti canai ke... saja2 nak cicah roti ke... senang.
Dah nyah bekukan, aku asingkan sikit bahagian lemak yang tebal. Yalah tebal sangat, takut pulak tengok lemak yang tebal. Basuh bersih-bersih.
Banyak juga lemak ni. Aku buang je lemak ni. Boleh je kalau nak makan pun, memang sedap tapi banyak sangat. Tak bagus untuk kesihatan.
Ini preparation ku, bahan-bahan untuk memasak kari Malaysia style ku..... Simple...
Nak cepat lembut, aku masak dulu pakai pressure cooker. Dalam 10 ke 15 minit je dah lembut. Aku buang air rebusan lamb ni. Apa...? hilang rasa...? Tak apalah, sebenarnya aku gerun juga nak selalu makan lamb walau pun aku suka kebab lamb.
Rempah tumis kari sedang mendidih, hampir ready untuk dimasukkan daging lamb tadi.
Dah sekian lama, biar sebati rasa rempah pada daging.
Kat sini hanya pakai santan dalam tin je. Dah terbiasa dan kalis dah pada rasanya. Tetap sedap juga. Sebenarnya lagi mudah. Tentang tahap kebaikan pada kesihatan... wallahua'alam... Mudah2 han ok je.
Sekian lama mendidih, dah perasakan garam gulanya serta masam, masaklah kari lamb ini.
Aku suka makan apa-apa lauk kari cicah dengan air lada ni. Senang buatnya, cuma bland cili padi bersama sedikit garam dan cuka je. Aku pakai Apple Cider Vanegar. Siaaaaap..., dah boleh makan.
Sebagai lauk sampingan, aku goreng sayur campur yang terdiri daripada bunga kubis, carrot, leak dan kacang buncis. Kacang buncis ni kalau orang tak tahan boleh jadi angin nih.
Sayur campur dah siap.
Kira-kira jam 8.40, Koy tiba dari hotelnya. Kami sama-sama dinner dan menghirup kopi O selepasnya. Macam-macam perkara yang menjadi topik perbualan kami. Tapi Koy tak boleh lama selepas makan kerana dia ada hal nak ke tempat lain pulak. Lagi pun esoknya dia kena bangun pagi-pagi untuk menyambung penerbangannya ke Alice Spring, tempat kerjanya. Terima kasih kerana sudi menerima jemputan kami. InsyaAllah lain kali jumpa lagi.

Posted by Picasa

No comments:

Post a Comment