Setelah lebih sebulan balik ke Malaysia kerana menghadiri conference di Sabah dan collect data, hari ini abang Syed akan datang balik ke Adelaide menyambung kembali perjuangannya sebagai student PhD, sebagai suami dan sebagai bapa kepada 3 anak yang merinduinya…….
Aku dan hubby menerima amanah K Yatt yang meminta jasa baik kami untuk menjemput Abg Syed pada pagi sabtu itu. Flight landing pada jam 8 am. Selepas kira-kira sejam lebih dengan urusan kastam dan sebagainya baru Abg Syed dapat keluar.
Seperti selalu yang kami kenal Abg Syed, masuk je dalam kereta, terus saja bicaranya petah bercerita dengan perjalananya dan perihal gelagat2 guard dan kastam sebelum dia dapat lepas dari mereka. Sesekali gelak besar kami mendengarnya. Menurut cerita abang Syed, dia mulakan rayuan sebelum timbang barang kat KLIA. Dia mengaku dulu barang tu memang terlebih. Ya lah dekat-dekat 28 kg daripada 20 kg saja yang sepatutnya. Alhamdulillah semua barang dia dapat lepas.
Sampai2 je rumah K Yatt, anak2 abg Sayed berlari keluar dan Atikah memecahkan ‘bottle pop’ tanda menyambut abahnya pulang. Masuk dalam rumah rupanya, ada surprise untuk abg Syed. Kami dah tahu cuma K Yatt pesan jangan beritahu abg Syed.
Rupanya hari ni juga adalah hari lahir kepada Addinie. Look…semangatnya dengan ‘Carrot Cup Cake’ yang K Yatt buat tu... Dini pulak siap pakai topi tu…sambutan simple dulu pada tarikh sebenar. InsyaAllah sambutan akan dibuat lagi secara rasmi dan besar-besaran pada minggu depan. Tunggu la ya…..
Kami pun bersarapan pagi kat situ selepas penat dan tak larat dah nak pusing garage sale. Lebih-lebih lagi aku dan hubby sama-sama demam masa tu…. Hanya kuat kerana ada semangat garage sale je, hi hi hi……. Balik rumah, lepas solat zohor je, terus tidur sampai petang……..
No comments:
Post a Comment