Total Pageviews

Tuesday, 25 October 2011

Dinner Di restoren Uighur


Sesekali jika hubby mempelawaku makan di luar, aku tersenyum lebar. Senyum tu adalah jawapanku. Jika hubby pelawa melalui telefon, aku gelak. Gelak juga adalah jawapanku. Lebih-lebih lagi kepada makanan kegemaranku. Untuk berkata ya, kekadang aku malu……kenapa ya? Malu tapi mahu……… Kata pepatah; ‘malu-malu kucing’……….

Salah satu tempat makan yang menjadi favourite ku ialah restoren Uighur. Masa mula2 datang dulu Fahmi Zara lah yang memperkenalkannya kepada kami. Dia bagi alamatnya dan kami pergi sendiri. Seingat aku, itulah first time aku makan di luar (restoren) semenjak berada di Adelaide ni. Itu yang dekat Port Road.

Restoren Uighur yang pernah aku lawati ada tiga. Pertamanya dekat Port Road tulah. Yang kedua dekat Prospect. Aku kenal yang dekat Prospect ni kerana Alif (Saudagar Shipping) yang jemput serta belanja aku dan hubby makan. Masa tu, bila aku buat perbandingan kepada makanan favourite aku iaitu Kebab; kebab yang Port Road punya lagi sedap. Itu dulu tapi sekarang tidak lagi. Mungkin dia dah tukar tukang masak, dah tak sesedap dulu rasaku. Lagi pun aku dapat rasakan kuantitinya makin kurang dan harganya makin naik.

Tempat ketiga ialah yang agak baru dibuka selepas itu iaitu Uighur Nava yang terletak bersebelahan dengan Salvos Store. Itu pun kira ok. Yang ni kira aku tahu sendiri dan nak mencuba di tempat yang baru. Rasanya not bad lah. Daripada menjadi pengunjung setia Uighur Port Road, dah bertukar kepada Uighur Nava, lebih2 lagi ia beroperasi 7 hari seminggu bermula dari jam Sembilan pagi hingga jam 10 malam.

Nak dijadikan cerita, suatu hari time aku teringin nak makan kebab kat situ (Uighur Nava), tukang masaknya tak ada kat kedai dan aku diminta datang dalam masa sejam lagi kalau nak. Laaaa……..frustnya………. mana boleh gitu kan….. So hubby ajak gi try kat Uighur yang sebelah Chemist Warehouse tu. Kami dah lama tak ke situ. Sekali rupanya dah berbeza sikit dari dulu, kebabnya lebih murah daripada tempat lain. Dahlah kiub lambnya lebih besar. Boleh order paling kurang tiga skewers sahaja berbanding 4 skewers kat Uighur lain. Dan yang penting bila makan puas hati.

Inilah menu wajib aku dan hubby setiap kali bertandang kat sini Kavap’ (lamb kebab). Pilihan kami selalu yang spiecy. Baunya amat mencabar taste kami. Sedap dimakan panas2 tau. Jangan tunggu lama2, bila sejuk dah tak sedap. Kavap ni harganya Aud 2 perskewer. Kena order satu dish paling kurang 3 skewers. Lebih? Lagi tak apa lah..........

Ini selalunya menu sampingan yang wajib. Kami suka ‘hand made noodles’ nya. Hidangan ni diberi nama 'Laghman', iaitu hand made noodle goreng campur dengan sayur dan lamb. Harganya Aud 11 bagi small dish ni. Mula2 makan mengumpat, “kenapa liat dan pejal sangat mee ni"…? Haaa itulah, lama-lama dah jadi favourite pulak mee liat ni. Ada satu keistimewaan pada rasa mee dan masakannya.

Kadang2 kami order juga hidangan yang besar ni. Namanya 'Dapanji', Selalunya dengan chicken tapi hari ni kita minta dia tukar bubuh lamb. Ia dimasak berkuah, ada capsicum, ada potato dan spring onion. Lepas tu ada hand made noodle juga di dalamnya. Dekat Uighur Nava ada small dish, tapi kat sini tak ada. So kalau berdua je nak makan, aku dah prepare satu bekas Tupperware untuk diisi baki yang tak dapat dihabiskan. Harganya pula ialah Aud 26. Selalunya habis makan akan jadi kenyang sampai ke dada. Eeeeiiiii….Tak baik macam tu kan…

Ada juga kadang-kadang aku order nasi polo Uighur. Gambarnya tak ambik pula. Nantilah lain kali kalau aku snap gambar dia, aku show sini ya. Nasi polo ni pun favourite aku juga. Hai semua favourite ni apa hal…..?

Keistimewaan makan kat sini, bila makan, akan dapat teh ‘o kosong atau air kosong free. Air kosong free tu biasalah kan...... Teh ‘o kosong tu maksudnya teh ‘o tanpa gula. Baguslah untuk hilangkan lemak dan toksin selepas makan lamb kan. Cuma yang peliknya kenapa pulak dekat Uighur Nava kena bayar Aud 3 untuk seteko? Dah la kosong, tak ada gula pulak tu, tak tahulah.

Hai cerita bab makan-makan ni tak habis ya, sebab kita makan macam-macam setiap hari . Nantilah kalau ada cerita makan yang best2 lagi ya…….


No comments:

Post a Comment