Total Pageviews

Tuesday, 11 October 2011

TAHNIAH buat sahabat ku....

Tepat jam 3.15 pm waktu Adelaide, aku di hubungi oleh salah seorang sahabat baik ku yang baru sahaja 2 bulan pulang ke Malaysia setelah tiga tahun setengah berhempas pulas dengan PHD nya di Uni Adelaide. Kedengaran amat ceria sekali suara di hujung talian. Berita gembira yang aku terima, hampir juga menitis air mata gembira mendengarnya.

Girang sekali suara Ros menyampaikan berita gembira kepada ku. PHD nya dah confirm dan tiada apa-apa pembetulan lagi. Tahniah Ros.... itu yang mampu ku ucapkan. Kebetulan malam ini juga Koy akan bertolak ke Malaysia setelah 2 minggu berada di site. Pasti kejayaannya itu bakal diraikan. Ros..... nampaknya lepas ni kena panggil Dr. Ros la ya..... Tahniah sekali lagi Ros.... moga sentiasa diiringi kejayaan.

Tiada yang aku harapkan.... semoga suamiku juga akan berjaya sepertinya.... amiiin....

No comments:

Post a Comment