Total Pageviews

Monday, 24 October 2011

Lunch di Afghan Cuisine

Buat pengetahuan  keluarga  ku, dekat Adelaide ni kira banyak juga restoren yang halal dan menyediakan pelbagai pilihan makanan kepada penghuninya. Setiap orang mempunyai citarasa yang berbeza dan kegemaran yang pelbagai. Halal yang ku maksudkan di sini ingin ku kategorikan kepada dua bahagian (maaf ya kawan-kawan); pertamanya halal makanannya yang disediakan oleh pengusaha atau chef Islam dan yang keduanya halal makananya tetapi dimasak oleh orang bukan Islam. Semoga kita dapat menilai sendiri keadaan ini dengan akal yang Allah kurniakan kepada kita. Wallahu a’lam.

Kerap kali aku melihat kepada satu restoren halal setiap kali aku melalui South Road dan setiap kali itulah hati aku ingin mencuba rasa masakan di situ. Restoren ini diberi nama Afghan Cuisine & Chicken Charcoal Kabab’. Salah seorang kawanku Yun telah pun mencuba menu yang disediakan dan menurut katanya sedap dan murah. Ada beberapa hidangan yang dicadangkan olehnya.

Di suatu tengahari, dapat juga aku singgah di restoren itu bersama hubby setelah penat bergarage sale. Aku tak boleh sewenang-wenang makan di luar, kena tunggu lampu hijau dari bos dulu. Disebabkan baru first time ke situ, buntu kami nak pilih yang mana. Ambik masa juga untuk meneliti setiap satunya. Tapi belum cuba, belum tahukan….
Ini ialah hidangan yang diberi nama ‘Kabuli Rice with BBQ Chicken’. Hubby pilih yang ni. Harganya ialah Aud 10. Kira murahla kan dengan ayamnya yang separuh. 

Yang ini pulak ialah order pilihan ku. Namanya ‘Kabuli Rice with Lamb Kabab’. Kebabnya ada dua skewers dengan harga aud 11. Aku memang suka makan nasi berempah yang nampak kering gini. Setengah orang suka yang berkari. Yalah cita rasa manusia kan berbeza-beza.

Ini masa pergi kali kedua, ada menu baru yang aku order. Ini namanya ‘Beriani Rice With Lamb’. Banyak ni pun harganya kira murah lagi iaitu Aud 6 sahaja. Walaupun lauknya nampak macam sikit tapi sedap kerana nasinya pun dah ada rasa. Aku suka juga yang ni.

Aku memang suka minum teh o’ panas selepas makan kebab. Lebih-lebih lagi teh arab ni. Aroma cardamonnya memang aku suka. Kerana kami makan berdua, dia buat terus seteko yang jika dituang, dapatlah 4 cawan. Harganya Aud 3. Ok lah tu kan……..


Masa makan ngan Alaa. Alaa ialah kawanku yang berasal dari Iraq.“Amaaaazing......” jawabnya bila ku tanya tentang rasa masakan dan hidangan di restoren ini.

Kiranya bolehlah di perkenalkan kepada kawan2 yang belum datang dan ingin mencuba masakan Afghan ni. Alhamdulillah…….. ada rezeki, aku nak datang lagi……

Posted by Picasa


No comments:

Post a Comment