Total Pageviews

Friday, 21 October 2011

SAraPaN PaGi INI


Salam jumaat sekali lagi buat semua....... 

Semoga hari yang agung ini bakal membawa rahmah kepada kita. Minda ku melihat keceriaan di hati mereka yang bekerja (kecuali yang bekerja sendiri) kerana esok adalah hari minggu dan kita akan bercuti. Tapi tidak sekali keceriaan itu terpancar di mata mereka yang bergelar penuntut PhD, kerana setiap hari yang berlalu itu menandakan semakin pendek masa untuk mereka menyiapkan tugasan yang sentiasa ada. Itulah dia namanya kehidupan........


Kerap kali aku menjadi buntu tentang apakah menu yang akan dimasak setiap hari. Ya lah, dah lah aku ni bukan orang yang terror sangat masak, selalu buat yang ringkas dan simple2 je. Alhamdulillah kerana suami ku bukan orang yang cerewet tentang makanan. Pagi ini hubby mencadangkan untuk sarapan kami dengan menu nasi goreng simple, pakai apa yang ada. So aku pun masak nasi kosong pakai microwave je. Cepat dan mudah, tapi jangan amal selalu kata orang. Nanti tugas lain hubby yang buat.


Cadang hubby, dia nak masak nasi goreng cina, tapi tak ada carrot, sayur campur pun tak ada. Apa lagi....konsep caca marba lah dia buat. Kubis tu adalah, cuma dia masukkan ikan bilis jugak. Tak apalah...apa yang ada pada nama............?



Haaa..... tengah masak tu.....Hubby memang terror mengacau. Mengacau nasi goreng..............



Tintong...tintong...tintong..... dah masaklah nasi gorengnya................ Nampak ok..... rasanya macam mana pulak ya............




Regu nasi goreng kali ini dengan teh tarik. Teh tarik ni adalah minuman favourite ku. Teh serbuk ni, Koy yang bagikan pada kami. Dia beli kat Malaysia. Aku rendam je serbuk teh tu dengan air panas jap, bagi dia pekat dan warna tua sikit, mudah kan.... Kalau nak buat dengan uncang punya, kena rajin rebus dulu uncang teh tu, biar "kaw" sikit. Lepas tu tapislah pakai penapis teh tarik mamak tu......Selalu hubby yang buat teh tarik ni, tapi kali ni aku buat sendiri kerana dia dah goreng nasi tadi. Ooooh ada pembahagian tugas pulak...... itulah kami. Kalian pun gitu jugak kan..............



Lepas tu tuang pulak susu kotak yang telah dipanaskan sekejap. Aku tak pakai susu pekat pun, tapi rasa tetap ok, sihat sikit kan.... Buh lah garam sikit bagi rasa lemak-manisnya....Gula macam biasalah, ikut citarasa kemanisan masing-masing.
Hai........ minta kalian jangan marah ya, maaf aku ngajar orang cara buat teh pulak. Kalian memang dah tahu pun..........


Inilah dia sarapan kami, simple je lah..... ready to eat now......... lapar dah ni, jom makan.... lepas ni nak hantar hubby gi Uni pulak. Tugas sentiasa menanti..............Assalamualaikum..................



No comments:

Post a Comment