Total Pageviews

Saturday, 15 October 2011

Ke Majlis Harijadi Anak Kenalan

Family Gina & Khairezan......
Tanggal 15 oktober 2011, mungkin itulah tarikh tepat bagi hari lahir yang ke-3, anak kepada Gina dan Khairezan, salah seorang kenalan ku di Adelaide ni. Aku adalah salah seorang tetamu jemputan mereka ke majlis yang bermula pada jam 4 petang tadi. Majlis sambutan harijadi ni boleh dikatakan satu majlis yang besar dan meriah kerana aku dengar memang jemputannya ramai dan diadakan di Park. Aku belum pernah sampai ke Park yang diberi nama 'The Gum Recreational ground' yang terletak di Shakespeare Avenue, Tranmere. Jarak ke tempat itu dari rumahku yang terletak di Torrington Avenue, Devon Park adalah kira2 dalam 12 km. Tak adalah jauh sangat kan.
Sampai sahaja ke majlis tu, sudah kelihatan beberapa orang lelaki sedang membakar ayam di tempat yang disediakan khas untuk berBBQ. Jauh juga jarak tempat untuk BBQ dengan tempat makan2; kira2 100 meter. Kelihatan beberapa orang perempuan sedang sibuk menyediakan tempat dan menyusun makanan di atas meja. Belum ramai lagi tetamu yang hadir. Aku antara orang yang awal. Tak apa... tak lah aku segan sangat berbanding jika datang lambat dan orang dah ramai. Malu pulak nak masuk nanti. Angin sejuk pulak bertiup laju. Sejuk lagi sekarang ni walaupun dah masuk musim bunga. Rasa belum cukup dengan baju sejuk yang ku pakai ni. Semua orang yang yang kat situ pun kata sejuk. Hairan pulak dengan kanak2 yang tengah bermain, mereka main hingga berpeluh, jadi mereka tak rasa sejuk. Itu lah kanak2.

Menjadi kebiasaan di Adelaide ni untuk buat majlis yang besar2 dekat Park yang banyak di sediakan di mana2. Biasanya majlis hari raya, persatuan, aqiqah, hari lahir dan apa2 sahaja pun. Senang buat di Park ni, selesa untuk tetamu yang ramai, anak2 boleh main dengan selesa, kemudahan tandas awam dan banyak lagi terpulang juga kepada pendapat masing2. Yang penting juga tak penat nak kemas rumah balik selepas habis kenduri.....




Yang berbaju merah inilah Gina, tuan punya badan majlis ni, nampak tengah berfikir, agaknya tentang suasana majlis yang tengah berlangsung ni lah. Tak apalah...apa nak risau, kekawan kan ramai.....

Dah ready tu, bolehlah start makan dah. Masa ni tetamu masih belum ramai lagi. Menu utama 'mee hoon goreng singapore' dan ayam bakar. Selain tu ada lagi banyak menu lain seperti karipap, donut, jeli coctail, sumi jelly, buah, pastry, cup cakes, pulut, ais krim tradisional dan macam2 lagi. Semuanya lazat2 belaka. Minuman pun ada macam2 jenis. Yang bestnya sejuk2 begini bila dapat minum air panas lah.



Tetamu sedang menjamu selera, alhamdulillah, nikmatnya makan sambil berjemur di bawah cahaya matahari petang ni. Hilang kesejukan yang dirasai tadi.  




Tetamu semakin ramai bila hari makin petang. Alhamdulillah dengan rezeki yang Allah kurniakan hari ini. Buat Gina dan Khairezan, terima kasih atas jemputan. Moga kesejahteraan sentiasa bersama kalian.



No comments:

Post a Comment