Total Pageviews

Friday, 14 October 2011

Loquat Picking


Salam Jumaat buat semua................

Pagi tadi, semasa aku dalam tugas...ehem ehem....maksudnya ketika aku sedang memandu dalam perjalanan menghantar hubby ke Uni nya, tiba-tiba telefon bimbitku berbunyi. Aku tidak dapat menjawabnya ketika memandu, jika ada polis waktu tu dan jika dia nampak, aku pasti kena denda. Jadi aku minta je hubby jawab.  Yun rupanya...... dia jemput aku terus ke rumahnya selepas balik dari bertugas pagi itu. 

Tak ada apa, cuma kami lepak biasa. Sambil menemani Yun breakfast kami sembang. Aku tak ikut dia breakfast sebab masih kenyang dah breakfast kat rumah dengan hubby sebelum hantar dia tadi.

Yun tengah nak kemas2 packing barang bagi persediaan nak shipping. Jadi boleh lah aku bantu sedikit sebanyak yang mampu pada hari ni. Dah sampai tengahari tu Yun kata rasa lapar la pulak.... Yun ajak masak kway tiaw goreng. Makan pulak regu dengan teh tarik, best sangat dan terlajak kenyanglah pulak...alhamdulillah. Kalau aku sendirian kat rumah, tak de lah lunch seberat ni, sebab simpan perut nak tunggu dinner dengan hubby nanti.

Lepas lunch tu, aktiviti kami ialah 'Loquat Picking' pulak kat back yard yun. Menurut kata yun, dia pun tak sedar yang buah tu dah berbuah. Dia baru perasan bila tuan rumah datang dan potong rumput yang panjang kat kawasan pokok tu. Nampak2 dah masak buahnya. Geli hati pulak dengan Yun ni, boleh tak perasan pokok dah berbuah dan dah masak pun, bayangkan bagaimana panjangnya rumput kawasan tu.......


Kebetulan hari ni cuaca mendung sikit dan pagi tadi hujan turun sekejap, jadi basahlah sikit rumput dan pokok tu. Buah2 dah masak dengan ranum, cantik, segar dan amat lazat sekali bila dimakan, lebih2 lagi yang betul2 masak. Nak tahu buah yang manis ialah yang nampak lebih merah sikit. Jika buah yang masih nampak kuning tu, bukan tak sedap, cuma samada dia masih ada sisa2 rasa masamnya atau rasa tawar sikit.


Agaknya oleh kerana buah loquat tu dah lama masak dan tuan rumah tak tahu, jadi ia telah banyak yang kering, rosak dan berlubang2 bekas dimakan oleh serangga dan burung. Lebih2 lagi siput babi yang aku lihat banyak sangat tengah melekat dan bergantungan pada rumput, juga pada buah loquat tu, banyaaaak sangat. Sampai ada sekali tu aku terjerit, sebab tanganku terpegang siput babi masa tengah leka memetik buah loquat tu. Nasib baik bukan najis dan tak payah samak.



Sempat juga aku tangkap satu gambar yang menunjukkan siput babi tengah khusyuk menikmati buah yang segar dan enak itu, yum... yum... yummm.. mungkin itulah yang dikatakan oleh naluri siput babi itu.



Dah banyak dapat ni, alhamdulillah...., aku nak makan puas2 sebab buahnya memang sedap. Menurut kata Yun, akulah tetamu pertama yang datang picking ni. "Habis yang ni nanti, datang la ambik lagi", kata Yun, insyaAllah aku nak datang petik lagi, itu pun jika masih ada lagi buahnya. Terima kasih daun keladi ya Yun....

Seharian bersama Yun, lebih kurang jam 4.15 petang, telefon bimbitku berdering, panggilan tugas untuk ku rupanya, jadi aku perlu bergerak  segera ke Uni. Suamiku menunggu drivernya untuk pulang ke rumah......



Posted by Picasa

No comments:

Post a Comment