Total Pageviews

Tuesday, 25 October 2011

SuPPer KU SteaMBoat SiMPLe

"Makan ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang", itu sunnah nabi kita, yang mana kita ikut? Selalunya separuh ayat je iaitu "makan ketika lapar" je, atau semasa masih belum lapar, yang selebihnya...? selalunya sampai selepas kenyang atau sehingga makanan licin. Itulah kita manusia. Nafsu makan sentiasa datang mengundang.

Sesekali aku menonton movie sampai larut malam. Faham2 sajalah bila lewat tidur tu, kadang-kadang perut berbunyi dan terus mengundang rasa lapar. Masa tu pula kekadang datang pula keinginan nak makan tu dan nak makan ni. Itu yang bahayanya bila lewat tidur ni. Jika diamalkan selalu, lama-lama boleh jadi gemuk ni. 

Sekali tu terlintas keinginan nak makan masakan panas yang boleh dihirup-hirup. Ini bukan macam kat Malaysia ni, boleh je cari restoren masakan panas sehingga larut malam pun. Banyak benda yang terlintas di fikiran ku ketika itu. Nak masak maggie? Hubby tak bagi. Nak hirup sup ke, hirup tomyam ke apa ni? Lepas tu teringat pada sayur bokchoy segar yang baru aku beli dekat Gepps Cross Market pagi tadi dan pada udang yang ku beli dekat woolworths tengahari tadi. Apa lagi kesimpulannya, aku nak buat steamboat simple. 

Aku pun mulakanlah operasi ringkas ni, masak 3 cawan air dan masukkan perencah tomyam, dah mendidih tu letak gula dan garam sikit. Daun limau dan serai...? Tak payahlah sebab nak ringkas je. Masuk pula bunga kubis diikuti udang tadi dan last sekali sayur bokchoy. Tak payah lama sebab aku suka macam celur sekejap je benda tu. Baru ada rasa manis dan rangupnya kan. 

Ambillah bihun sikit sebanyak yang mahu dan celur je dengan air panas sekejap. Tak nak pun tak apa, tapi aku seolah nak wajib ada bihun bila ada kuah tomyam. Sanggup tolak nasi tu.....

Tak nak bahan terendam lama dalam kuah, yang bahagian aku ni, aku keluarkan awal sikit. Terpelihara kesegarannya.

Ini peringkat yang belum dimasukkan mihun dan kuahnya. Bila nak makan nanti baru masukkan.

Ini pula saja tambahan makanan. Di makan ketika sedang masak steamboat simple ni. Ini kira nak licin dah ni.

Inilah supper ringkas ku dan hubby. Sekarang dah bersedia untuk dimakan. Bismillahirrahmanirrahiiiim....... Dapatlah hirup tomyam panas-panas kan. Alhamdulillah dengan kurniaan Allah ini......

Teringat pulak suatu masa dulu aku pernah ke restoren nelayan yang terletak di Taman Tasik Titiwangsa bersama hubby, K Chik dan EG. Nikmat sekali kami makan set sea food buffet yang di hidangkan di situ. Balik Malaysia nanti rasa nak pergi lagi.  Inilah kenangan.....














Posted by Picasa

No comments:

Post a Comment