Kali ini aku sambut tahun baru dalam keadaan kurang sihat. Entah tiba-tiba je datangnya selsema dan perit tekak. Lepas tu badan pun rasa sakit-sakit. Tapi hari ni ada perjumpaan dengan family K Chik. Aku ada nak kenal orang baru hari ni. Empat bulan lepas masa aku masih kat Adelaide, aku mendapat seorang menantu baru. Tapi masa kenduri tu aku tak dapat balik kerana faktor masa, jarak dan kewangan. So aku hanya dapat melihat segala suasana kenduri melalui gambar-gambar yang K Chik kirimkan melalui email je. Baru hari ni aku berpeluang jumpa menantu aku tu.
Kalau ikutkan K Chik, dia minta aku datang awal untuk bersarapan. Dia siap buat nasi lemak lagi. Nasi lemak K Chik ni memang menjadi kegemaran anak-anak dan menantu baru dia ni. Memang sedap. Walau pun aku tiba agak lewat dari waktu sarapan, namun bahagian aku masih ada. Tengok.... Yea yang sampai lambat dari aku pun dapat makan banyak lagi. Favourite dia sejak kecil katakan....
Hidangan makan tengahari siap...... Menyelerakan sekali...........
Siakap masak merah.
Pucuk paku dan petola masak lemak.
Sambal ikan dengan mangga muda.
Ayam goreng kunyit.
Tengok dua beranak ni....dah baca doa makan belum...? Orang lain belum duduk lagi, dia dah mengadap dah....
Berehat-rehat selepas makan sambil menonton.....
Yang ni ialah anak Kuning, kucing aku dulu. Namanya Wira. K Chik yang jaga Wira ni. Kuning sekarang ni tinggal dengan abe Kie kat kampung. Sorry Kuning, aku tak sempat nak gi melawat dia masa balik kampung hari tu. Comel tak kucing-kucing ni?
No comments:
Post a Comment