Total Pageviews

Wednesday, 11 January 2012

BerInGaTlaH...! DenGan HarGA Tak PaTuT


Berhati-hatilah bila berbelanja pada apa jua benda, sekali pun pada barang yang kecil atau besar, sedikit atau banyak. Kekadang mungkin ada peniaga yang ingin mengambil kesempatan atas sikap kita yang tidak berhati-hati. Semaklah harga pada setiap barang yang kita ingin membelinya dan juga jangan terasa leceh atau malu untuk meminta resit pada setiap barang yang kita beli.

Sesaja aku ingin bercerita pada pembaca-pembaca blog kehidupanku di sini, yang suatu hari aku pernah menyinggah di satu perhentian R&R dalam perjalanan jarak jauhku. Pada waktu itu aku ingin mengisi perutku dengan makanan tengahari. Masa tu aku tiada selera kepada nasi campur. Cuma lidah dan seleraku inginkan makanan berkuah seperti mee hoon sup sahaja. Alhamdulillah bila ku tinjau-tinjau pada setiap gerai, aku jumpa satu gerai yang ada pelbagai jenis noodles dan salah satunya adalah mee hoon sup. Setiap satu mangkuk berharga RM4.

Aku tanya pada tauke kedai tu samada mee hoon sup ini kosong tanpa lauk begini kah atau ada lauk. Dia kata boleh pilih samada nak sup tulang atau ayam. Aku pilih ayam lalu dia settlekannya. Bukannya banyak mana pun. Aku fikir itu adalah pilihan dengan harga RM4 seperti yang ditulisnya. Betullah, takkan mee hoon kosong letak kuah yang juga kosong sampai jadi RM4 kan.

Masa nak bayar, aku pergi bayar pada pekerja dia. Aku fikir takkan dia tak ada pengalaman sebelum ni dan jual mee hoon dengan sup kosong je. Terkejut sesangat bila dia kata mee hoon sup tu berharga RM7. MasyaAllah takkan sampai harga tu... lebih mahal dari nasi pulak. Dalam hati aku, rasa menyesal pulak nak mee hoon sup ni. Nak cancel tak boleh dah.... aku diam tak terkata.

Tapi hubby bijak. Dia kata pada jurujual tu, "saya nak resit" dan hubby diberikan resit yang di minta. Samada kebetulan dia tersalah atau pun dia mula kecut perut, yang si taukeh tadi bertanya pada pekerja dia, "berapa harga kau ambik"? Pekerja jawab RM7. Lalu si taukeh tadi kata itu ayam biasa saja, jadi harganya memang RM4. Lega kami mendengarnya. Ya lah.. terkejut dengar harga mahal pada mee hoon sup kosong macam tu aje. Nasib baik sempat selamat. Kalau tak rugi sesaja RM3 lagi tu.

Apa yang nak aku ingatkan di sini, kalau kita tak puas hati tentang harga apa-apa barang pun yang kita beli, kita kena cuba persoalkan dulu. Ini bukan soal berkira atau kedekut tapi pembelaan. Ingat tak pada jaminan yang di beri kepada pelanggan yang berurus niaga di setiap R&R bawah syarikat 'Tol Plus', bahawa, jika kita tidak berpuas hati dengan harga yang diletakkan oleh peniaga di situ, kita boleh tunjuk resit pada tol yang selepasnya dan membuat laporan. Jika didapati benar peniaga meletakkan harga yang tak sepatutnya, dia akan di kenakan tindakan undang-undang.

Agaknya sebab itulah bila hubby minta je resit, taukeh dah tanya balik pada pekerja dia tentang harga yang di minta. Wallahua'lam lah jika betul-betul mereka tersilap. Aku cuma membuat jangkaan tapi Allah yang maha mengetahui. Cuma berhati-hatilah selalu dan beringat sebelum kena. Itulah kisahku.

Sekian harap maaf................

Posted by Picasa

No comments:

Post a Comment