Sempat menziarahi Dr Awang yang merupakan Tuan Penasihat kepada hubby semasa sama-sama belajar di UNISA hingga kini. Sempat minum petang di cafe kecil berdekatan pejabatnya.
Selain sebagai sahabat, Dr awang juga merupakan seorang penasihat yang bagus kepada hubby dalam hal-hal pengajiannya. Dialah antara tempat rujukan hubby ketika susah dan senang mengharungi dunia Phd. Tuan penasihat tidak pernah lokek ilmu yang ada padanya. Dia juga seorang yang suka mengadakan kelas teori dan praktikal serta bengkel kepada kawan-kawan. Pernah sekali rumahku dekat Adelaide pernah menyediakan satu ruang bilik sebagai kelas bagi dia mengajar beberapa mereka yang memerlukan tunjuk ajarnya. Kecil-kecil cili padi Dr Awang ni. Fikirannya sentiasa bernas, melihat jauh ke hadapan, sesuai dengan bidang kajiannya 'Psikologi'. Ideanya banyak diluahkan melalui penulisan, coretan dan dengan mengadakan sesi pengajaran dan pembelajaran.
No comments:
Post a Comment