Total Pageviews

Wednesday, 18 January 2012

Steamboat Buffet Bersama Adik Wani

Suatu tengahari adik iparku Wani mencadangkan kepadaku dan hubby untuk menikmati hidangan steamboat "chim chum" di alamat seperti yang tertera dalam gambar di atas. Katanya dia pernah beberapa kali berkunjung ke sana. Aku menyambut cadangannya dengan ceria dan berjanji untuk ke sana esok. Memang itu kesukaanku.  Bermakna aku kena kosongkan perut dulu sebelum menikmati  seafood di restoran itu.

Kami ke sana sebaik sahaja selesai solat maghrib. Bukan apa, senang nanti untuk berlama-lama di situ. Dengan bayaran serendah RM17.90 seorang, kita boleh menikmati bermacam-macam makanan bufet. Antaranya ialah seafood seperti kerang, udang, sotong dan berbagai jenis bebola dengan berbagai perisa. Terdapat juga sayur-sayuran, ayam, daging, buah-buahan tempatan, pelbagai jenis laksa, mee, mihun, kway tiaw dan ABC juga yang semuanya di ambil dengan cara layan diri. Boleh dinikmati seberapa banyak yang kita mampu makan dan boleh duduk berlama-lama di situ semahu kita. 



Dwi fungsi dapur, boleh dibuat bekas steamboat dan juga sebagai tempat BBQ di tengahnya. Aku lebih menumpukan pemakananku pada malam itu kepada seafood sahaja terutamanya udang, tetapi tidak sekali-kali sotong kerana aku tak makan sotong fresh.

Berbaloi kerana mengosongkan perut bermula pada awal tengahari. Aku makan sepuas-puasnya makanan kegemaranku ini. Terima kasih kepada adik Wani kerana membawa aku dan hubby ke tempat ini. InsyaAllah ada rezeki boleh kita datang lagi.....
Posted by Picasa

No comments:

Post a Comment