Ku mohon keizinan dari yang berhak untuk bercerita tentang topik ini di dalam blog kehidupanku dan menyiarkan beberapa gambar khusus buat tatapan family....
Hampir senja masa tu, aku mendapat panggilan kecemasan dari K Ma. Katanya Taufiq, anak saudaraku bakal dibedah pada jam 9.00 malam ini. Kenapa pulak ni? Aku pelik dan agak terkejut juga sebab baru dua hari lepas aku tengok dia, ok je.
Rupanya dia sakit perut gara-gara appendix. Tak pernah pula aku tahu kalau dia kadang-kadang ada mengalami kesakitan dalam perutnya. Jika zaman aku kecil dulu-dulu, orang-orang tua melarang kami dari makan biji jambu 'butir banyak', nanti kena appendik, kata mereka. Kalau nak makan pun kena kunyah sampai betul-betul hancur baru boleh ditelan. Itu dulu, tapi kini tak tahu lah apa punca yang menyebabkan Taufiq terkena sakit itu.
Sempat tak sempat, aku berkejar juga ke Kota Bharu Medical Centre (KBMC) selepas jam 8 malam. Alhamdulillah sempatlah sampai 20 minit sebelum pembedahan dilakukan. Lega saja bila tengok air muka Taufiq masih ceria, agaknya kerana dah makan ubat tahan sakit, tapi bila ya... sebab dia masih berpuasa sejak petang tadi.
Kira-kira jam 9.05 malam, Taufiq disorong masuk ke dewan bedah. Menurut kata doktor, pembedahan akan berjalan selama antara satu hingga dua jam. Lama juga ya... aku fikir hanya sekejap dalam setengah jam sahaja. Mungkin itu cerita dulu yang entah dari mana sumbernya aku dengar.
Penantian yang mendebarkan. K Ngah kelihatan sedikit resah, maklumlah seorang ibu... Mak sampai tertidur di kerusi. K Ma dan anak-anak kecil dia menunggu kat dalam bilik pesakit, tak boleh kat luar sebab Lutfi bakal buat bising nanti.
Penantian selama 1 jam 45 minit berakhir. Kebetulan hanya K Ngah yang tinggal masa operation tu siap sebab yang lain ke kedai kopi membasahkan tekak dan ada yang baru nak makan malam, tak sempat makan kat rumah dek kerana tergesa-gesa nak datang ke hospital tadi.
Kelihatan tiga lubang yang ditebuk pada bahagian perut. Kata K Ngah, Taufiq mengadu sakit dan sesak nafas tadi, yalah mungkin kesan ubat pelali dah hilang. Namun doktor dah masukkkan ubat untuk mengurangkan kesakitan serta memasang oksigen bagi menyelesakan pernafasan. Sabarlah ya Fiq.
Inilah bahagian usus terlibat yang dipotong, eeeeiii.... macam usus ayam jugak kan....
Terlena selepas di masukkan ubat penahan sakit dan dipasangkan oksigen.
Dengan tersiarnya gambar ini diharap dapat memberi khabar dan gambaran kepada Cik Long, Mama Gie, Pak Su dan anak beranak lain yang tidak dapat melawat Taufiq hari ini. InsyaAllah moga Taufiq tidak demam selepas ini dan moga cepat sembuh.... amiiin...
No comments:
Post a Comment