Bangun pagi-pagi, kekadang keliru dan tak tahu.... apa aku nak masak untuk sarapan. Kalau yang segera nya... roti lah senang. Tapi kalau hari-hari duk makan yang segera, teringin juga yang berat sikit. Lepas je solat subuh pepagi tadi, pukul 7.15am, aku pergi hantar K Gie ke sekolah dia. Aku nak pakai kereta dia, kenalah hantar, nanti kesian pulak kat dia kalau kena jalan kaki.
Balik dari hantar K Gie, nak sarapan rasa macam awal sangat. Apa lagi sambunglah tidur sikit lagi. Bukan apa, kebetulan tak ada apa kerja nak dibuat. Bila bangun balik tu, barulah rasa lapar dah sikit. Tiba teringat je pada lebihan nasi kerabu kelmarin yang duk dalam peti ais tu. Ada idea, aku rasa nak goreng je.... Jommm....
Aku tak de lah guna resepi terhandal, cuma aku ikut je resepi sendiri, kira-kira macam nilah lebih kurangnya...
Bahan-bahannya :-
2 mangkuk nasi
1 senduk sambal kelapa yang dah siap
1 gengam ulam campur
3 sudu budu
ayam goreng kunyit
3 sudu minyak sedikit minyak
Cara membuatnya :-
Panaskan minyak dalam kuali. Bila minyak dah panas, masukkan nasi dan kacau seketika. Kemudian masukkan sambal kelapa dan kacau rata, diikuti dengan ulam dan budu. Gaul biar serata. Akhir sekali masukkan beberapa ketul ayam goreng kunyit yang telah siap. Kira pakai semua bahan yang dah ready kerana lebihan semalam. Nasi Kerabu Goreng siap untuk di hidangkan.
No comments:
Post a Comment