Sepantas cahaya berkelip, pantas lagi rasanya masa yang berlalu meninggalkan kita. Pejam celik, sedar tak rasa, rupanya tahun baru menjelma lagi. Masih segar diingatan sambutan tahun baru pada dua tahun lepas. Dua tahun lepas aku menyambut tahun baru 2010 dan 2011 di Perantauan. Sama saja rasanya di mana pun kita berada kerana di situ bumi tetap kita pijak dan langit tetap kita junjung.
Selalunyanya sejak kecil, soalan yang lazim ditanya, 'apa azam tahun baru'? Sampai kekadang dah tak tahu dah nak jawab apa. Setiap tahun azam mungkin berubah. Tapi aku rasa kekadang seseorang itu tidak perlu meluahkan azam tahun baru mereka jika mereka malu. Cukuplah sekadar bertekad dan bercita-cita dalam hati serta berdoa sentiasa. Terpulang..... Aku pun sudah lupa, pernahkah azam tahun baru ku tercapai? Ah.... tak payahlah cerita pasal tu, kekadang buat sedih je.........
Apa pun buat semua family, sahabat dan semua yang kukenali dan mengenaliku, aku ingin mengucapkan "SELAMAT MENYAMBUT KEDATANGAN TAHUN BARU 2012". Semoga sentiasa ceria dengan cita-cita dan semangat baru. Semoga apa yang bakal kita lalui sentiasa diwarnai dengan kemuliaan dan keberkatan hidup sebagai hamba Allah. Semoga hari-hari yang bakal kita lalui sentiasa lebih baik dari semalam dan esok adalah jauh lebih mulia dari hari ini....
No comments:
Post a Comment