Seperti yang selalu aku katakan, kekadang sesuatu program yang terlaksana tanpa ada perancangan pun. Adakalanya bidang terjun lagi menjadi. Kali ini secara seloroh-seloroh saja aku, EG dan adik tiba-tiba dapat idea untuk keluar makan angin sambil makan-makan ringan dekat sesuatu tempat yang entah di mana pun belum tentu lagi.
Kami keluar selepas solat isyak dengan dua kereta. Aku mengikut saja dari belakang kerana aku pun tak tahu di mana tempat yang bakal atau special untuk dituju, tapi kami akhirnya berhenti disatu restoran yang terletak di Kubang Kerian sahaja. Tiada siapa pun antara kami yang pernah singgah di situ. Kami harus mencuba dulu.
Puas berfikir, ingat mahu order je masakan panas masing-masing, tapi akhirnya kerana kami bertujuh, secara tak merancang, kami telah mengorder makanan berdasarkan pilihan set yang di tawarkan ; nasi putih bersama ikan siakap dan enam jenis lauk pilihan serta minuman pilihan samada sirap atau oren.
Ikan siakap 3 rasa
Tomyam campur
Daging black papper
Puyuh goreng halia
Telur Bistik
Kerabu mangga
Buah pencuci mulut
Tauke besar untuk dinner malam ini
Suspek yang selalu mengekori kami ke mana saja nak pergi
Masakan yang disediakan keseluruhannya ok saja kecuali aku tak berapa suka dengan rasa tomyam nya kerana terlalu manis bagiku. Aku suka jika ada rasa masam-masam sikit. Yang lain ok.
Sekali pun kami makan dengan berselera sekali, namun jauh di sudut hati ku ini ada terselit rasa terkilan dan tidak puas hati kerana ayahku tidak join sekali pada malam ini. Ini kerana kebetulan ayah pergi ke majlis mengaji 40. Tapi tak apalah insyaAllah ada waktu dan rezeki nanti kita akan bawa ayah ya....
No comments:
Post a Comment