Total Pageviews

Sunday, 22 January 2012

FaMiLy GatHeRing 2

Hari ini aku tambah bersyukur kerana setelah sekian lama masa berlalu..... dan aku ingat dalam masa lima atau lebih tahun kebelakangan ini, ahli keluargaku telah sekian lama tidak lengkap berkumpul. Tapi kali ini, Allah telah mengizinkan dengan lengkapnya aku 6 beradik untuk berada di rumah kedua ayah bonda kami di Kampung Chap, Bachok, Kelantan. Kebetulan kami semua dapat balik bercuti dalam waktu yang sama. Jika tidak, kekadang tu... hari raya pun kami tidak dapat berjumpa terutama adikku yang bongsu... tugasnya sebagai polis menuntut masa yang lebih dan susah pula untuk mendapatkan cuti.

Hari ini, sekali lagi kami merancang untuk berBBQ. Sekalipun simple, tapi kemeriahan dan keceriaan tetap terserlah. Antara menu BBQ kami ialah ikan, ayam dan sosej sahaja. Kali ini tiada sotong dan udang menyertai  kerana faham-fahamlah... hihihi... kesian orang yang berkolesterol tinggi dan yang ada gout.... Jom layan suasana BBQ malam ni...
Eeemmmmm....aroma ikan bakar, ayam dan sosej membuatkan kami tak sabar untuk meratahnya.
Sabar menanti BBQ masak... 
Para pembakar....
Dah mulakan majlis....
Sambil kerja, apa salahnya kita meratahkan....
Anak cucu K Chik...
Haaa.... Inilah dia anak-anak ayah bonda....

Para menantu ayah bonda pun ada semuanya kecuali menantu ke-3 (abang Za) sahaja yang kebetulan ada hal perlu di settlekan. Tak apalah lain kali kita berkumpul lagi.

Sesungguh aku mengharapkan sebuah ikatan dan hubungan kekeluargaan yang harmoni dan diberkati dalam kehidupan ini. Semoga Allah sentiasa memberi petunjuk, taufik dan hidayah kepada kita semua untuk sama-sama ingat-mengingati, saling memberi kerjasama dan saling mengasihi sesama kita. 

Masa yang berlalu tidak akan berulang lagi samada suka atau duka. Kenangan sewaktu zaman kanak-kanak kita dahulu tetap sentiasa diingatan.... 
Posted by Picasa

No comments:

Post a Comment