Total Pageviews

Sunday, 8 January 2012

ABC SpeCiaL SekSyeN 2, ShaH AlaM


Hi hi hi... bestnya nampak... Inilah dia ABC yang aku rindu-rindukan. Dah lama tak merasa ABC ni. Masa mula-mula food court yang bertempat di seksyen 2 Shah Alam ini di buka kira-kira 3 tahun yang lalu, pernah beberapa kali aku membeli samada makan atau take away ABC special ni. Masa tu harganya belum naik, kira murah sesangatlah. Satu mangkuk penuh ABC ni harganya RM2.50 je. Murahkan.

Rabu lalu, habis je tugas hubby menginterview hari tu dekat UiTM, kami merancang pergi ke situ, hanya semata-mata nak merasa ABC special ni. Kios yang jual ABC ni ada beberapa buah. Tapi kali ni aku pilih kios yang ini. Tengok-tengok harganya pun dah naik sikit iaitu RM 3. Kira masih ok lagi tu. 

Dari segi rasanya, boleh lidah dan tekakku menerimanya. Cukuplah untuk menghilangkan rasa lapar pada petang itu. Memang boleh mengenyangkan. Kepada sesiapa yang berminat untuk merasa ABC special ni bolehlah mengunjungi food court ni kerana di sini ada pelbagai hidangan lauk-pauk yang menyelerakan. Ok ... tak usah panjang cerita kerana anda boleh datang dan lihat serta rasai sendiri rasa masakan di sini.

Posted by Picasa

No comments:

Post a Comment