Total Pageviews

Tuesday, 17 January 2012

JaLan-JaLan CaRi MaKan

Kadang-kadang selera kita berbeza setiap hari. Hari ini teringin nak makan sesuatu, sekali pun belum dapat tak semestinya esok terasa nak lagi. Pelik juga kekadang tu. Segalanya cepat berubah. Mungkin, hari ini, esok, lusa atau pun tulat, semuanya berbeza...

Satu tengahari tu, hubby ajak lunch di Bandar Baru Bangi dekat fasa 1. Fikir punya fikir teringat satu kedai yang aku pernah tengok ada nasi beriani gam. Masa tu... aku macam tak ada selera langsung kepada nasi beriani tu. Tapi saja kerana kesian pada hubby yang nak mencuba, aku pun ikut je.

Sekali... bila makan tu, rasa sedap pulak. Satu set nasi beriani gam kukus yang terdiri dari nasi, lauk pilihan, acar dan keropok papperdom berharga RM8. Cuma bila aku pilih lauk ayam kampung, harganya naik seringgit. Aku rasa ok lah tu kan. Kepada anda yang merupakan peminat nasi beriani ni, bolehlah mencubanya...
Ini pula adalah satar. Malam ni aku teringin pula nak makan satar. Teringat satu tempat yang ada menjual satar di restorant 'Ana Ikan Bakar Petai'. Sedap, rasa ikan nya. Lagipun ia nya ada rasa sedikit pedas. Aku makan sepuasnya. Tak order benda lain dah.
Sebenarnya satu lagi perkara yang aku nak makan kat sini tapi dah habis kerana aku pun sampai lambat. Hai kerang... kenapa kau dah habis... aku nak makan kerang bakar.... Tak apalah nanti lain kali boleh makan lagi...
 

Tinggal kulit dah. Aku sebenarnya kepedasan sangat dengan rasa satar ni, tapi sedap. Puas hati memakannya.
Yes...! Inilah dia minuman kegemaranku 'teh tarik' yang membuatkan aku makin gemuk... hi hi hi... Tapi pandai control tak apa lagi kan. Cuma jangan amal selalu ya... tak menyihatkan...
Posted by Picasa

No comments:

Post a Comment