Total Pageviews

Tuesday, 10 January 2012

Dua HaRi SaTU MaLaM di FeLDa Pemanis 2

Hujung minggu lepas, aku berada di dua persimpangan yang aku buntu jalan yang mana harus ku pilih. Aku ada dua keinginan untuk minggu ni, yang pertamanya ingin jalan-jalan di Jalan Masjid India KL bersama K Chik. Manakala yang keduanya ingin menziarahi dan mengenali tempat tinggal adik ke lima ku EG di Felda Pemanis Dua, Segamat, Johor. Jika sempat, aku mahu lakukan kedua-duanya sekali, tapi mungkin aku tak punyai cukup masa. Aku mesti buat pilihan.

Mungkin aku perlu ke tempat yang aku belum pernah pergi lagi. Sejak EG menetap dan bekerja di Segamat, aku belum pernah ke rumah kuartersnya itu. Teringin aku melihat tempat tinggal dan suasana kehidupannya di sana. Jadi keputusanku adalah menziarahi EG di Segamat.

Aku ajak K Gie sekali. Nanti dia kesunyian pula duduk seorang diri dua hari di rumah. Kami bertolak ke Segamat pada jam 8.55 pagi dari Kajang. Aku di beritahu perjalanan mungkin memakan masa selama 3 jam. Aku tak pasti kerana belum pernah sampai ke situ.
Kerana belum bersarapan di rumah, aku singgah mengambil sarapan di R&R Air Keroh. Tak tahu nak makan apa, nasi lemak juga yang jadi sasaran.


Memang selepas 3 jam, aku sampai di Bandar Segamat. Bila telefon EG dia minta aku tunggu dekat stesen bas Segamat, nanti dia datang ambil. Lama juga menunggu sebelum dia sampai. Aku agak, memang jauh lagi ni.
Kami ekori kereta EG, sehingga sampai ke rumahnya. Memang jauh sangat lagi masuk ke dalam. Memang dekat pedalaman tempatnya. Kesian dia kena keluar ambil kami. Aku rasa jika di peta-petakan, boleh je aku sampai. Tapi dia kata tak tahu nak peta macammana.
Puas mengharungi perjalanan, akhirnya sampai juga kami ke perkampungan Felda Pemanis Dua. Inilah kuartersnya.
Nasi dagang adalah menu lunch kami pada waktu minum petang. Duan lah yang bertungkus lumus menyediakannya. Kebetulan ada jiran sebelah yang menempah nasi dagang darinya. Sibuk sungguh dia di dapur ketika tu.
Kekenyangan...

Petangnya pula, kami pusing-pusing kawasan felda. Aku suka sangat dengan suasana felda ni. Pokok-pokok buahnya banyak, kawasan dan rumahnya bersih serta cantik hiasan di sepanjang jalannya. Buah rambutan merah dan kuning lebat sekali dipokok, seolah orang kat sini dah muak dah makan rambutan, sampai buahnya terbiar gitu je. Ada sekali tu, terliur aku tengok buah petai yang lebat dekat pohonnya. Suasana kampung katakan....
 Di hadapan Sekolah Rendah Felda Pemanis Dua, tempat EG mengajar.
Replika dan pondok tanda jalan masuk ke rumah EG. Ceria hiasannya.

Salam satu Malaysia.... Hi hi hi.....
Dah penat pusing-pusing felda tu, balik rumah 'cekah' durianlah pulak. Durian ni aku beli tepi jalan masa on the way dari Segamat ke rumah EG tadi. Murah-murah je harganya. Aku beli yang harga RM1 sekilo dan EG beli yang harga RM2 sekilo. Jumlah durian semua sekali adalah 28 kilo. Selain tu aku beli juga manggis segar dengan harga RM10 tiga kilo. Katanya dari kebun sendiri. Puaslah kami makan. Kekenyangan sangat. Tapi biasalah... dalam banyak-banyak buah tu, ada yang manis dan sedap, ada yang tawar dan masam....
Malamnya kami keluar jalan-jalan di bandar Segamat. Salah satu tempatnya ialah di Pasaraya Kip Mart. Duan kata pasaraya ini baru di buka. Lepas penat jalan-jalan, kami ke satu medan selera 24 jam yang terkenal di Segamat ini iaitu 'Restoran Juara Ikan Bakar'. Saja-saja nak kenal je. Disebabkan kami masih kekenyangan, kami taklah mengorder set makan malam, kami hanya order masakan panas individu je. Yalah tadi makan durian sampai terik kulit perut.
Coconut Shake
Jelira sangat lah tuh, menghirup coconut shake.
Otak-otak pun ada, satu 60 sen, tapi kami tak jamah pun... kenyang...
Dekat nak balik dah ni. Semua dah kenyang... Oppps... lupa nak bagitau, si kecil tu adalah anak jiran yang Duan mengasuhnya masa Mak dia pergi kerja. Beria-ria dia nak ikut bapa mengasuhnya pergi jalan-jalan. Umurnya dalam lingkungan dua tahun.
Tak lama lepas tu, kami pun pulang ke rumah. Semua kepenatan... Ok, masuk tidur semua dan Selamat malam.....
Pagi-pagi lagi, tuan rumah dah sibuk kat dapur menyediakan sarapan untuk tetamu. Aku lepas solat subuh, tidur balik jap. Kejamnya tetamu.....
Mee hoon goreng siap.......

Hidangan sarapan pagi kami....
Keluar jalan-jalan tengok suasana pagi di kawasan perumahan. Ini adalah berlatar belakangkan kawasan kuarters EG.
Lorong masuk ke rumah EG. Terdapat hiasan dengan replika cendawan putih di sepanjang jalan.
Kata EG ini adalah rupa bentuk rekaan asal rumah felda dulu-dulu. Sekarang ni je dah bertukar rupa dan binaannya pun dah jadi rumah batu semua dah. Mungkin kerana kehidupan dah semakin maju.
Di samping salah satu replika cendawan di sepanjang jalan.
Jalan-jalan tu ternampaklah papan tanda iklan homestay ni. Ada idea ni nak bagitau K Chik.

Rumah tempat homestay tu hanya di belakang papan tanda tu aje. Nampak tak...? Tapi dekat sangat dengan rumah EG, cross jalan je. Jadi kat sini tak sesuai untuk kita buat homestay lah K Chik. Baik stay kat EG punya home je..... Hi hi hi...

Ini masa sebelum kami bertolak balik. Bergambar kenang-kenangan katakan. Eg dengan Duan pun sama-sama ke Tangkak. Kami ronda-ronda kat kedai kain dulu sebelum aku menyambung perjalanan ke Kajang dan dia berpatah balik ke Segamat. 
Terima kasih banyak-banyak dan aku rasa seronok datang sini. InsyaAllah jika ada rezeki dan peluang, kita boleh datang lagi...

Posted by Picasa

8 comments:

  1. Hai salam perkenalan...sy asal pemanis satu.tapi dah duk muar.blm berkesemptan g restoran juara ikan bakar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam perkenalan Pn. Norliza... terima kasih sudi singgah di sini... hanya bercerita sebuah pengalaman...
      Ooo ya ke... org pemanis la ni... masa tu saya menziarahi adik yg mengajar situ. Best juga sebenarnya suasana di sana. InsyaAllah jika pn balik kg nanti boleh lah try berkunjung ke juara ikan bakar tu... mcm2 menu juga... :-)

      Delete
  2. Salam perkenalan. Rasanya ni di Blok 4, Felda Pemanis 1 sbb saya mmg asal situ.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam perkenalan dan terima kasih buat zaciko84 kerana sudi singgah. Ya betul itu blok 4. Adik akak mengajar di sk pemanis 2. Tapi sekarang dah berpindah tempat mengajar ke pantai timur sejak seminggu sblm ramadhan ritu... erm rindu la akak pd suasana situ nanti. Bila la dpt berkunjung lg... rindu....

      Delete
  3. Lama xblik pemanis,mcm xcaya pulak homestay tu.rumah yg dulunya melepak dgn anak tuan rumah.

    ReplyDelete
  4. Tuan rumah homestay tu gelaran Mahmood buluh..

    ReplyDelete