Tahun demi tahun yang berlalu, masa berjalan laju dengan tiada sesiapa pun mampu menghalangnya. Setiap tahun, masuk je hari ke dua tahun baru, adalah hari ulang tahun kelahiran K Gie. 'Happy Birthday' kepada K Gie yang menyambut hari lahirnya pada hari ini iaitu 2 Januari setiap tahun.
Buat K Gie, aku ucapkan selamat panjang umur, murah rezeki dan hidup berkat di bawah petunjuk Allah SWT. Sebenarnya aku tak tahu apa yang nak aku hadiahkan pada K Gie sempena hari lahirnya ini. Bukan selalu pun aku bagi hadiah pada hari lahirnya. Tapi sebab kebetulan sekarang ni aku dekat dengan dia, maka terfikir juga ada sesuatu yang aku nak bagi dia.
Maaflah kalau idea aku kurang cemerlang. Berhari-hari aku duk perhatikan rak pinggan-mangkuk K Gie kat dapur dia tu. Dah uzur sangat dah. Bukan nak runtuh ke apa. Cuma dah banyak rekahan dan nampak berkarat sangat dah. So aku bagitau hubby tentang niat aku nak gantikan rak pinggan baru buat K Gie. Nampaknya hubby setuju dengan idea aku ni.
Inilah rak pinggan yang aku pergi beli tadi. Tinggi sikit daripada yang lama. Malu juga nak jadikan ini sebagai hadiah hari lahir K Gie. Tapi bila aku fikir balik kira ok lah. Biarlah hadiah ni K Gie selalu tengok dan gunakan setiap hari. Mungkin kalau bagi benda lain, dia simpan lama dulu sebelum menggunakannya atau pun guna sekali-sekala je.
Apa pun moga K Gie dapat terima dengan hati yang terbuka. Terima kasih juga pada K Gie yang belanja aku dan hubby dinner petang tadi sempena hari lahirnya ini....
No comments:
Post a Comment