Total Pageviews

Tuesday, 10 January 2012

MeLaWat Rumahku Di PunCak ALam

Perjalanan dari Kajang ke Puncak Alam begitu jauh aku rasakan. Mungkin kerana terperangkap dengan jam. Hari ini terlaksana hajat ku untuk menjenguk rumah pertama ku di Puncak Alam. Rindu serindunya dah. Selepas je habis di baiki beberapa kekurangan yang ada oleh si pemaju perumahan lebih dua tahun lepas, belum pernah lagi aku melihat hasilnya lagi. 
Inilah blok rumahku, blok Dewi.
Keadaan lebih kurang sama je seperti dulu. Pokok pisangku masih ada saki bakinya. Pokok bunga tudung periuk yang ku letak dalam pasu pun masih elok lagi. Terima kasih pada K Oya dan Ina yang sentiasa memberi bantuan penjagaan barang-barang milikku. Tak terbalas jasa kalian. Kalian jiran yang baik. Ada juga pembaharuan yang dibuat. Tempat parking kereta dah boleh di cop dan ada ditulis nombor rumah pada tempat parking masing-masing. Tempat parking untuk pelawat pun ada disediakan. Barulah orang tak parking sesuka hati lagi.

Namun Ina & Misbah dah pindah ke Saujana Utama. Dia dah beli rumah baru lagi. Alhamdulillah murah rezeki mereka. Ada beberapa jiran lagi juga dah pindah. Namun jiran-jiran ku dah semkain maju kehidupan mereka. Ada yang mempunyai bisnes sendiri dan semakin maju. Alhamdulillah...
Aku masuk ke rumah dengan rasa syukur. Bila di periksa, masih banyak perkara yang perlu kami settlekan pasal rumah ini sebelum dapat diduduki. Aku memang ada perancangan masa depan tentang rumah ini. InsyaAllah moga kami dapat selesaikankan semua sekali bila kami balik Malaysia for good nanti. Moga Allah permudahkan.
Hubby tengah periksa singki dapur yang agak tersumbat.
Selepas hubby solat jumaat, aku ke rumah baru Ina & Misbah. K Oya yang tunjukkan jalan pada kami. Inilah rumah baru Ina, cantik... Dia memang suka gaya modern. Sempatlah sembang ngan Ina sampai petang. Maaflah K Oya, terlupa pulak nak tangkap gambar terbaru dengan K Oya. Tapi tak apa, K Oya tetap dalam ingatan.
Hubby dan Abang Padzli
Bersama Kak Oya, orang yang sentiasa mengambil berat semasa aku berjiran dengannya.

Aku ke Puncak Alam kali kedua kerana jam tangan hubby tertinggal dalam rumah ku semasa hubby memeriksa paip singki yang tersumbat. Itu pun kerana berniat menziarahi rumah di Meru. Masa kali pertama membuat lawatan, abang Padzli pergi kerja. Kali ini kerana datang petang, jadi dia dah balik dari kerja. Sempatlah kami posing jap sebelum aku bertolak ke Meru. Ok jumpa lagi.....
Posted by Picasa

No comments:

Post a Comment