Aku dan hubby dapat panggilan daripada Ros & Koy pada petang rabu tu. Masa tu aku dan hubby dalam perjalanan balik selepas menikmati ABC special di seksyen 2 Shah Alam. Dia orang pun baru balik dari satu urusan di Putrajaya. Tiada plan asalnya untuk kami bertemu. Tak naklah kacau dia orang. Koy kan baru sampai pagi tadi dari bumi kanggaroo. Biarlah dia habiskan masa dengan family dulu sebelum kami bertemu.
Tapi itulah koy... sama je di mana pun katanya. Jika ada masa, bila-bila pun dia boleh buat plan segera. Kami janji untuk ke masjid Hasanah, Bandar Baru Bangi dan selepas solat asar kami ke satu tempat dengan keretanya untuk dinner sama-sama.
Dekat je sebenarnya tempat yang mereka bawa aku tu, cuma bukan ini tempat aku dan sebab itulah aku tidak arif tentang tempat ini. 'Ana Ikan Bakar Petai', itulah nama satu restoran besar sea food yang dia orang bawa aku dan hubby. Di sebut ikan bakar petai itu adalah kerana ikan yang dibakar akan diletak petai sekali bersama rempah ikan yang diperap. Tempatnya besar dan kawasannya pun boleh dikatakan luas juga. Jika restoran ni terletak di tepi pantai, lagi best rasanya. Tapi ini pun dah cukup best dah. Temanya sama dengan restoran sea food yang terletak di Tanjung Lumpur, Kuantan, pahang.
Antara jenis sea food yang terdiri dari ikan, sotong, udang, kepah, kerang dan macam-macam lagi. Satar pun ada. Aku dah mencubanya, sedap rasanya kerana terasa ikannya dan sedikit pedas. Itu kena dengan seleraku. Jadi di sini, kami memilih beberapa jenis lauk untuk dimasak, antaranya ialah kerang bakar, tomyam udang, sotong celup tepung, kerabu mangga, sayur kailan dan juga satar. Tapi kerana sudah teramat kenyang, kami tapau je satar tu untuk di makan di rumah. Tak baik kalau kenyang sangatkan....
No comments:
Post a Comment