Total Pageviews

Showing posts with label Selamat Tahun Baru 2012. Show all posts
Showing posts with label Selamat Tahun Baru 2012. Show all posts

Monday, 2 January 2012

TaHuN BaRU Di RumaH K Chik

Kali ini aku sambut tahun baru dalam keadaan kurang sihat. Entah tiba-tiba je datangnya selsema dan perit tekak. Lepas tu badan pun rasa sakit-sakit. Tapi hari ni ada perjumpaan dengan family K Chik. Aku ada nak kenal orang baru hari ni. Empat bulan lepas masa aku masih kat Adelaide, aku mendapat seorang menantu baru. Tapi masa kenduri tu aku tak dapat balik kerana faktor masa, jarak dan kewangan. So aku hanya dapat melihat segala suasana kenduri melalui gambar-gambar yang K Chik kirimkan melalui email je. Baru hari ni aku berpeluang jumpa menantu aku tu.
Kalau ikutkan K Chik, dia minta aku datang awal untuk bersarapan. Dia siap buat nasi lemak lagi. Nasi lemak K Chik ni memang menjadi kegemaran anak-anak dan menantu baru dia ni. Memang sedap. Walau pun aku tiba agak lewat dari waktu sarapan, namun bahagian aku masih ada. Tengok.... Yea yang sampai lambat dari aku pun dapat makan banyak lagi. Favourite dia sejak kecil katakan....
Hidangan makan tengahari siap...... Menyelerakan sekali...........
Siakap masak merah.
Pucuk paku dan petola masak lemak.
Sambal ikan dengan mangga muda.
Ayam goreng kunyit.
Tengok dua beranak ni....dah baca doa makan belum...? Orang lain belum duduk lagi, dia dah mengadap dah.... 
Berehat-rehat selepas makan sambil menonton.....

Yang ni ialah anak Kuning, kucing aku dulu. Namanya Wira. K Chik yang jaga Wira ni. Kuning sekarang ni tinggal dengan abe Kie kat kampung. Sorry Kuning, aku tak sempat nak gi melawat dia masa balik kampung hari tu. Comel tak kucing-kucing ni? 

Ok... apa pun aku tak lupa nak ucapkan Selamat Tahun Baru sekali lagi buat semua.....
Posted by Picasa

Sunday, 1 January 2012

SelaMat TaHun BaRu 2012

 Sepantas cahaya berkelip, pantas lagi rasanya masa yang berlalu meninggalkan kita. Pejam celik, sedar tak rasa, rupanya tahun baru menjelma lagi. Masih segar diingatan sambutan tahun baru pada dua tahun lepas. Dua tahun lepas aku menyambut tahun baru 2010 dan 2011 di Perantauan. Sama saja rasanya di mana pun kita berada kerana di situ bumi tetap kita pijak dan langit tetap kita junjung. 

Selalunyanya sejak kecil, soalan yang lazim ditanya, 'apa azam tahun baru'? Sampai kekadang dah tak tahu dah nak jawab apa. Setiap tahun azam mungkin berubah. Tapi aku rasa kekadang seseorang itu tidak perlu meluahkan azam tahun baru mereka jika mereka malu. Cukuplah sekadar bertekad dan bercita-cita dalam hati serta berdoa sentiasa. Terpulang..... Aku pun sudah lupa, pernahkah azam tahun baru ku tercapai? Ah.... tak payahlah cerita pasal tu, kekadang buat sedih je.........

Apa pun buat semua family, sahabat dan semua yang kukenali dan mengenaliku, aku ingin mengucapkan "SELAMAT MENYAMBUT KEDATANGAN TAHUN BARU 2012". Semoga sentiasa ceria dengan cita-cita dan semangat baru. Semoga apa yang bakal kita lalui sentiasa diwarnai dengan kemuliaan dan keberkatan hidup sebagai hamba Allah. Semoga hari-hari yang bakal kita lalui sentiasa lebih baik dari semalam dan esok adalah jauh lebih mulia dari hari ini....