Total Pageviews

Thursday, 1 December 2011

VouCher For MaSSaGe

Tiba-tiba je hubby kata nak gi massage pakai kupon. Aku pun dah hampir-hampir lupa dah, bila masa ada kupon untuk masage ni. Baru teringat pada bulan julai, 5 bulan yang lalu hubby terima offer untuk massage ni dengan diskaun 50%. Kenapalah sekarang ni pulak sibuk-sibuk nak selitkan slot mengurut ni ke dalam jadual kami yang dah sedia ketat tu. Kata hubby expired dia pada januari, takut nanti kami tak sempat nak kembali ke Adelaide pada tarikh tu. Sebab tu dia booking tarikh pada minggu ni.
Klinik ni terletak di 480 Port Road, West Hindmarsh. Namanya 'Evenflow Health'. Beroperasi sehingga petang berdasarkan appointment. 
Inilah rumah rawatan tu. Untuk hubby, dia booking pada hari rabu jam 7 pm, manakala untuk ku pada esok harinya jam 10 am. Tak dapat pada hari yang sama kerana tiada perawat wanita pada hari yang sama dengan hubby. Tak apalah yang penting aku tetap di temani.
Mengenai urutan di sini memang best. Aku geranti bagus. Urutannya selama satu jam. Kristy yang mengurut aku tu telah berpengalaman selama 9 tahun. Kenalah pada tempat kita sakit sentuhannya.  Dengan kata lain, dia memang pandai dan aku berani rekomenkan pada orang lain. Cubalah sendiri...pasti puas hati, insyaAllah.....

Posted by Picasa

No comments:

Post a Comment