Total Pageviews

Monday, 5 December 2011

Perjalanan Balik Ke Tanah Air

Alhamdulillah.... Aku selamat sampai ke tanah air tercinta. Bumi ku pijak langit ku junjung, namun hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri. Kepenatan menyelinap ke seluruh urat badan, beberapa hari kerja-kerja pengemasan dan semakan akhir, hati takkan tenang selagi belum ada penyelesaian, selagi bag luggage dan hand carry tidak ditutup. Akhir sekali tawakkal tu alallah.
 Dah mampu tersenyum, menunggu masa berangkat.

Terima kasih tak terhingga kepada Lin & Suhaizan yang begitu bersungguh-sungguh menawarkan perkhidmatan untuk menghantarkan kami ke airport sehingga tak mampu kami menolaknya. Kami mambatalkan keputusan untuk ke airport dengan teksi.
Lebih kurang sejam lagi, aku akan terbang ke Melbourne, Victoria. Dengan flight ni lah (Virgin Blue). Nanti dari Melbourne ambik Air Asia, biasalah nak cari yang save money sikit. Kalau naik MAS kena keluar duit lebih sikit.
Beberapa pemandangan dari angkasa :-
 
 
 Seronoknya dapat tengok awan duk bawah kita pulak.
 Separas dengan awan. Perasan macam duk atas Negeri Kayangan pulak.
Para peramugari ini tengah bukak bisnes mereka (Sky Shop)
Sempat lagi ambik gambar masa flight tengah landing tu....
Welcome to Melbourne Airpot. Masa ni suhu diumumkan berada diparas 16d. Aduuuuh..... sejuklah kali ni, aku tak bawa baju tebal.
Booking awal. Letak barang awal-awal. Nanti queue nya panjang, penat menunggu. Aku punya barang yang no 4 tu.
Dah tengah malam tu, nak kena masuk ke departure hall dah.
Tu Ani dan anak2. Mengantuk dah dia orang. Mereka awal-awal pagi lagi bertolak dari Adelaide.
 Tinggal beberapa minit lagi untuk penerbangan antarabangsa.
Dah naik flight tu, mata pun dah bengkak dan layu semacam dah. Lepas ni kira nak lena jelah.
Ini kali pertama aku naik Air Asia. Pasal makanan kena order, tak macam MAS. Order pulak tak banyak pilihan. Aku pilih je nasi lemak Pak Nasir ni. Tak sempat nak ambik gambar, terus licin. Lapar sangat lah ni... Lepas tu sambung tidur.
Dah lenguh kaki lengan semua, semalaman tidur dalam keadaan kurang selesa, sampai juga akhirnya ke LCCT. Terasa mahu menitiskan air mata bila mendengar pengumuman peramugara mengucapkan welcome home kepada mereka yang pulang ke tanah air.
Memang semalam cuba dengan sengaja telefon Dr Awang dan Kak Aisyah ni. Nak menyusahkan dia pulak, nak transferkan sebahagian barang dari luggage kami yang banyak tu. Senang sikit nak travel ke Penang pula.
Sebelum berangkat ke Penang, kami sempat berbual sambil minum teh tarik di Old Town Cafe, LCCT ni. mak oiii... terkejut dengan harganya. Segelas kecil dengan harga $5.00. Mahalnya cukai airport ni.
Menuju ke kaunter check in.
Menunggu dan menunggu lagi untuk penerbangan ke Penang. Tadi dah beli satu prepaid. Jadi no. phone kami dah di smskan kepada Kak Gie, Duan, Kak Chik, Abe Kie, Kak Ma dan EG.
Kalutnya nak naik flight, cepat-cepat nanti dia tinggal kita....
Tak pasti, nampak dari udara, Kota Warisan ni kat mana.
Nampak awan ni macam salji la pulak..... Cantik sungguh ciptaan Yang Maha Agung.....
Semasa berpijak di bumi, kita mendongak dan melihat ke langit yang kelihatan tinggi. Tapi bila kita berada lebih tinggi dari kedudukan awan pun, langit tetap masih sama ketinggiannya. Berapa tinggi lagi langit ni ya.... Allahu Akbar...
Merempuh awan...
Welcome to Penang Airport......
Menuntut bagasi...
Check in di Vistana Hotel....
Dah angkut barang....
Kelaparan dah ni, Gerai makan paling dekat dengan hotel, 'Original Penang, Kayu Nasi Kandar'.
 Aku teringin nak rasa nasi beriani dengan 3 jenis lauk, ayam, udang sekor dan hubby ambik sedikit bendi untuk aku. Harganya nasib baik aku tak pengsan. RM 21++. Kalau gini, macam harga Adelaide jugaklah. Harga sepinggan nasi ialah Aud 7, kali 3 jadi rm21 jugak. Oleh itu kalau tak nak mahal, jangan ambil banyak lauk. Tapi kalau teringin ambiklah....
Dah kekenyangan tu, balik hotel aku tertidur dalam kepenatan sampai petang..... Ada aku teringat Kak Ma ada call, tapi aku cakap apa pun aku kurang ingat. Mamai lagi masa tu, sambung tidur lagi......
Nanti sambung cerita ya...
Posted by Picasa

No comments:

Post a Comment