Total Pageviews

Tuesday, 6 December 2011

Menemani Hubby Present Paper

PM012 : Lihat petak kedua pada senarai di atas.

Hari ni aku berpeluang untuk melihat dan mendengar hubby buat presentation papernya di bilik conference 4 level 1 hotel Vistana ni. Resah juga aku lihat keadaan hubby, naik turun bilik untuk ke tandas. Aku rasa, itu fenomena biasa bagi semua orang. Debaran akan tetap di rasa, walau seready mana pun kita ketika itu. Aku sendiri pun macam berdebar-debar menanti giliran hubby untuk membentangkan papernya. Tapi bila melihat orang-orang yang sebelum dia pun gementar suaranya, hilang sikit perasaan kurang yakin tu.
Lebih kurang jam 4.30 pm pengerusi majlis menjemput hubby sebagai presenter yang ke dua pada sesi petang ini. Aku macam kenal dan biasa je lihat pengerusi majlis ni, tapi di mana ya...? Kecil molek orangnya. Muda-muda lagi dah bergelar doktor PhD. Majlis pula macam informal je. Biasa-biasa gitu je. Hubby kata sebab di buat dalam small room je, macam inilah keadaannya.
Hati ku lega melihat hubby tampil dengan penuh yakin aku rasakan. Tak macam semasa praktis depan aku tadi. Masa yang diberikan 20 minit kepada setiap presenter terasa begitu pantas berlari, kata hubby. Begitulah perasaannya bila dah berada dihadapan. Macam tak cukup masa pulak.
Hubby dapat mengulas dengan baik kepada 3 pertanyaan dan pandangan yang diajukan oleh peserta. Aku dapat melihat keyakinannya ketika itu. Alhamdulillah, semoga hubby terus maju jaya dan dipermudahkan urusan pengajiannya. Amiiin....

Posted by Picasa

No comments:

Post a Comment