Total Pageviews

Friday, 2 December 2011

SpriNG CleaNinG

Saja-saja bercerita buat family tentang suasana kehidupan orang-orang aussie ni, tentang kemudahan-kemudahan yang disediakan dan rutin tahunan yang yang dilalui. Dekat sini, ada satu perkara yang berlaku pada musim bunga atau spring yang di sebut sebagai 'spring cleaning'.
'Spring cleaning' yang mana pada masa spring ni, orang-orang aussie akan membuang barang-barang yang mereka tidak kehendaki lagi, tidak kira samada barang itu masih baru atau yang telah buruk. Mereka akan membuang barang-barang ini di luar pagar, di hadapan rumah mereka. Semua kategori barangan yang terdiri dari pelbagai perabot seperti sofa, kerusi, almari, katil, tilam, meja makan, barangan dapur, eletrik, TV dan macam lagi yang tak dapat disenaraikan kesemuanya. Kita akan tahu sendiri berdasarkan apa yang kita lihat.
Beberapa pemandangan barang-barang spring cleaning.
 
Ini sebenarnya TV aku sendiri. TV pertama aku bila sampai ke Adelaide ni. Masa tu aku beli dekat 'Lions Club'. Dah dapat banyak TV hasil kutipan dari spring cleaning, TV ni harap-harap ada orang yang mengambilnya. Tapi esoknya aku tengok TV ni dah kena potong wayarnya. Ini fenomena biasa yang berlaku pada TV terbuang. Ada pemungut wayar akan datang potong dan mungkin mereka dapat menjualnya. Di sini pun ada rezeki yang boleh masuk.
Apa yang berlaku di sini ialah, pembuangan barang-barang yang tidak lagi mahu dipakai. Setiap kawasan ada jadual serta tarikh pembuangannya tersendiri. Pihak berkuasa tempatan akan memungut barang-barang yang dibuang itu untuk dilupuskan. Sekiranya elok lagi? Inilah keadaan yang berlaku. Ada orang membuang barang, ada pula orang yang akan mengutip barang.
Telah menjadi kebiasaan orang-orang di sini untuk mengutip barang-barang terbuang yang masih elok untuk di gunakan dan itu bukanlah menjadi suatu kesalahan. Yang penting buangkan perasaan malu yang tertanam dalam diri.
Pada awal-awal kedatanganku ke Adelaide ni, aku dapat menyewa rumah yang dah lengkap dengan perabot. Namun selepas setahun dan kontrak dah tamat, kami mengambil keputusan untuk mencari rumah yang sewanya lagi murah. Alhamdulillah kami dapat mencari rumah sewa yang lagi murah harganya. Tapi rumah yang kosong. Jadi kami perlukan beberapa perabot untuk digunakan seperti katil, tilam, meja makan dan beberapa kelengkapan rumah lagi.
Kebetulan pula, kontrak sewa rumah kami tamat pada musim bunga. Musim inilah Spring cleaningnya. Masa tu aku ambil kesempatan untuk pusing-pusing suburb yang sedang melalui proses membuang barang. Buat permulaan memang ada perasaan malu yang menebal dalam diri. Maklumlah dah rasa macam pengemis pula bila nak kutip barang yang orang dah buang ni. Tapi dah tengok orang lain pun macam tu juga. Kadang-kadang macam berebut pula untuk mendapatkan barang yang masih elok. Sekali ingat macam kelakar pula. Lalu 'alah bisa tegal biasa'.
Jom kita tengok apa yang pernah aku kutip daripada spring cleaning ni. Beberapa perabot untuk rumahku....
TV 29 inci bersama tempat letaknya sekali
Dapat meja makan simple ni, cukuplah untuk rumahku yang kecil ni.

Almari display

Set sofa

carpet Turki


Rak

carpet ruang

carpet lagi, aku letak kat dapur.

Tilam chiropractic 10 inci, masih seperti baru dan masih selesa

Rak hiasan

Rak peralatan untuk garage dan mesin jahit kat tepi tu.

Sebenarnya kalau nak ditunjukkan memang banyak lagi barang-barang rumahku yang ku kutip. Tapi itulah pengalaman dan fenomena yang berlaku di sini. Rasanya amat berbaloi juga mengutip barang, hanya untuk ku pakai di sini selama dalam tiga setengah tahun. Bukan untuk pakai lama pun. Tapi rasanya sampai hubby habis belajar pun, barang yang ku kutip tu tetap lagi elok. Boleh lah pulak lepas tu aku buat garage sale.
Itulah dia kehidupan, banyak yang kita dapat belajar melalui kehidupan. Pengalaman adalah pengetahuan yang paling baik untuk kita. Kita sendiri yang perlu tahu untuk mengolah sesuatu kepada yang terbaik buat kita. Mungkin apa yang kita lalui, tidak pernah dirasai orang lain dan sebaliknya. Kerana itulah perlunya kita menghargai pengalaman kita...

Posted by Picasa

No comments:

Post a Comment