Total Pageviews

Tuesday, 20 December 2011

PerJaLaNan Ke KuALa LuMPuR

Sebagaimana yang dirancang pada awalnya, hari ni aku menemani hubby ke Kuala Lumpur dan Selangor bagi menyelesaikan beberapa sesi interview bagi hubby dalam mendapatkan data untuk kerja-kerja PhDnya. Yalah dalam masa yang terhad, perancangan awal amat penting bagi memudahkan segala penyusunan kerja. 

Telah lama rasanya kami tidak memandu jauh samada dari KL ke Kelantan atau sebaliknya. Asalnya kami ingin bertolak seawal jam 9am, tapi biasalah, banyak perkara perlu disettlekan. Permulaan perjalanan kami terlajak ke jam 10.30am.
Di dalam perjalanan, sesekali ada hujan dan sesekali pula panas. Ada dua kemalangan jalanraya yang dapat kami saksikan. Ya Allah, bila melihat keadaan kemalangan yang berlaku, terasa ketakutan meresap ke dalam diri. Semoga Allah sentiasa memelihara perjalanan kami.
Pada sebelah petangnya, aku singgah di bandar Raub berhampiran IPD Raub, untuk bertemu dengan adik bongsu ku di sini. Dia sedikit kurus ku lihat. Maklumlah tengah ada makwe agaknya. Kami minum di sebuah kedai makan nasi berlauk di situ. Aku tak boleh lama kerana perjalanan masih panjang. Tak apalah nanti boleh ada masa untuk jumpa lagi.

Dalam kira-kira jam 9 malam, baru aku sampai ke rumah kekanda sulung yang dah ada appointment dari semalam. Dia pun dah buat persediaan makan malam untuk kami. Kesian dia kena lama menunggu kami sampai sebelum dapat makan. Masakan special K Chik untuk dinner malam ni ialah kari kepala ikan, sayur campur dan ayam goreng. Dah lama tak makan ayam goreng kunyit K Chik, sedap.... tambah pula dengan kari kepala ikan tu, 'nyangkut sungguh'.
Tengah dinner, Apik tak ada waktu ni kerana kerja syif. So kami berlima aje yang makan. Meralit sungguh bila menyinggah ke rumah K Chik ni. Macam-macam cerita yang keluar. Rumah K Chik pun ada sedikit perubahan berbanding 2 tahun yang lalu. Sedar tak sedar dah dekat pukul 12.00 malam. Aku masih ada perjalanan untuk ke rumah K Gie di Kajang. Jadi kami pun minta diri dulu dengan janji akan ada lagi perjumpaan selepas ini. InsyaAllah......

Posted by Picasa

No comments:

Post a Comment