Total Pageviews

Tuesday, 20 December 2011

BBQ di Rumah Mak

Suasana hadapan rumah mak yang dah banyak perubahan berbanding dua tahun lalu. Pembeli tanah telah memagari kawasannya membuatkan aku keliru dan mencari jalan masuk ke rumah ku. Perlu melajak 80 meter ke hadapan, baru ku temui lorong masuk. Round about kecil di bawah pokok 'ccupu' dulu tu dah tiada. Bila berehat di atas tangga rumah, jelas kelihatan segala pemandangan di tali air sana.
Sehari dua hari tu, turun hujan yang sangat lebat bersama anginan yang agak kuat. 

Ayah kelihatan sibuk memangkas seranting dua daun-daun ccupu tadi untuk makanan kambing yang kelaparan dimusim bah ini. Ayah bekerja seolah tidak pernah mengenal erti penat sekali pun kini dia mengalami masalah lelah. Itulah kita, kekadang berehat tanpa melakukan sebarang kerja itu amat merimaskan.
Sekali pun hujan tiada kira masa, K Ma membuat perancangan untuk berBBQ di rumah mak pada malam itu. Share sikit sorang. Aku pulak kena beli dan prepare bahagian ikan, arang dan minyak. Oklah.... aku minta adikku EG belikan semua tu. Malas nak keluar sebab hujan. Dia pula dari Beris, on the way balik bolehlah singgah beli.
Ini dia bahagian aku dan Gie. Kami buat persediaan sama-sama.
Selesai je solat isyak, acara pun pun bermula. Tempatnya dihadapan tangga, di bawah sutuh rumah mak. 
Ada yang sibuk memBBQ, ada pula yang masak je terus merasa.
Seisi keluarga tak termasuk cucu-cucu, semuanya nak masuk dalam gambar. Cuma yang tak ada dalam gambar ni ialah kekanda sulung dengan adinda yang bongsu. Tak pa, lain kali kita buat lagi sama-sama ya. Jangan sedih-sedih pula bila tengok ni ya.
Sisa-sisa selepas meratah. Aku rasa kucing pun boleh termuntah bila makan sisa ni sebab kekeyangan. Terima kasih kepada semua yang menjayakan program ini. Semoga lain kali dapat diadakan lagi dengan penuh kemeriahan.

Posted by Picasa

No comments:

Post a Comment