Total Pageviews

Tuesday, 20 December 2011

Nasi Kerabu Adik Ipar

Sejak daripada hari mula-mula, aku bertandang ke rumah mak, macam-macam program yang kami rancang. Salah satunya, beria-ria sangat adik iparku ingin membuat nasi kerabu resepi tersohornya. Aku kira ok je. Orang dah offer, kira bolehlah kan. Perancangannya adalah pada jumaat malam sabtu, selang satu malam je dengan program BBQ tu. Cuma ini dia nak sponsor. 
Dari selepas waktu solat jumaat, kerja-kerja penyediaan pun bermula. Inilah team kerja tu. 
Aku hanya membantu, segala penat lelah banyak berpihak pada chef utama, siapa lagi Duan lah. Bersungguh-sungguh aku tengok dia. Macam tak ada rasa penat langsung. 
Segala ulam, telur masin dan air lada dah siap.
Ayam dan ikan bakar pun dah terhidang.
Sambal ikan dan sambal kelapa diasingkan, berbeza dengan nasi kerabu kuning ku yang dah tersohor di Adelaide, hi hi hi....
Nasi kerabu berwarna biru....
Nasi belum cukup, masih perlu ditanak lagi. Air kopi pun nampaknya dah siap.
Dah boleh start makan ni. Sila-sila...... Sedap bangat  tu..... ini lah dia perasmi makan malam.....

Semua orang pun makan dengan berselera sekali. Jelira sangat rasanya. Setiap orang pasti bertambah. Aku sendiri pun yang belum menjamah nasi sejak pagi tadi, bertambah dua pinggan nasi. Sedap, sedap, sedap.... Begitulah aku, kalau benda tu aku masak sendiri, tabiatnya aku jadi kurang makan, berbeza kalau orang lain yang masak..... aku boleh makan dengan banyak.
Selepas makan, berehat sambil menonton video kisah lama-lama. Semuanya kekenyangan. Malah, A Kie dapat yang tapau lagi untuk sarapan pada esok pagi. 
Alhamdulillah dengan rezeki nasi kerabu sedap malam ini. Yalah... mesti lah sedap kalau semua orang pun memuji dengan rasanya kan. InsyaAllah moga dapat makan ramai-ramai lagi di lain masa. Terima kasih daun keladi kepada adik ipar ku Duan dan pembantu peribadinya EG. Moga lain kali dapat merasa lagi.....

Posted by Picasa

No comments:

Post a Comment