Total Pageviews

Sunday, 18 December 2011

Balik Kampung...

Pada hari sabtu tu, seawal jam 3.30 am aku dah bangun bersiap2. Bagi menghilangkan rasa ngantuk aku dan hubby, KJun menyediakan minuman kopi O' kampung dengan biskut. Dia nak goreng keropok, tapi aku tolak dengan baik, awal sangat, belum lalu untuk telan makanan. 
Jam 4.30am, habis je minum awal pagi, terus KJun hantar kami ke Airport. Lama juga menunggu untuk check in. Settle je urusan check in, kami bergegas ke surau untuk solat subuh. Senang je Airport kat Malaysia ni, bilik solat antara lelaki dan wanita diasingkan. Tak seperti masa dekat Adelaide mahu pun Melbourne, kena bergilir-gilir, tapi bersyukurlah apa yang ada.
Lepak sebelum terbang. Nama kami tersenarai dalam panggilan akhir. Adakah minta orang terus masuk, sepatutnya buatlah pengumuman dulu. Padahal destinasi lain dipanggil. Kenapa untuk ke Kota Bharu diam pulak.
Belum puas terbang, daaaah sampai Pengkalan Chepa. Hubby mesti rindu tanah air sebab 2 tahun 4 bulan dia tak balik. Kat luar sana rupanya ramai yang menunggu kepulangan kami. Ingatkan hanya Ma, K Gie dan adik Wani je. Rupanya family Su Yah, Mak Lah serta Huda dua beranak pun ada. Terima kasihlah pada semua...
Dari airport terus ke rumah ayah chik yang menyediakan sarapan.
Petangnya, aku balik jap jumpa Mak & Ayah tercinta dan amat dirindui.....
Malamnya pula satu acara makan malam dirancang untuk kami bertempat di 'New Horizon Garden Restaurant' yang terletak di Jalan Pasir Mas - Salor, Kota Bharu.
Lauk pauk yang sedap-sedap belaka, antaranya tomyam campur, siakap tiga rasa, daging black papper, udang mentega, sotong celup tepung, sayur campur dan kerabu mangga. 
Keletihan tapi tak sabar dah rasanya nak menjamu selera.
Terima kasih tak terhingga kepada perancang plan ini. Moga sentiasa murah rezeki, dapat lah kami merasa lagi. 


Posted by Picasa

No comments:

Post a Comment