Total Pageviews

Monday, 26 December 2011

Di Rumah Pak Muda & Mak Uda

 
Dua malam berturut-turut aku dijemput bertandang untuk dinner di rumah Pak Muda di Kajang. Pak Muda merupakan adik lelaki bongsu Ma. Kalau bongsu perempuan pula ialah Su Yah. Mak Uda memang terror masak, special menu malam mula-mula ialah nasi campur termasuk kari kepala ikan dan yang tersohornya ialah pizza. Tak sempat pula aku nak merakamkan gambar pizza buatan Mak Uda. Jika dulu Mak Uda akan buat sendiri doh pizza ni, tapi yang hari tu disebabkan kesibukan dan kesuntukan masa yang tak dapat dielakkan, Mak Uda beli saja doh pizza ready made yang lagi cepat penyediaannya. Cuma buat toppingnya saja dan bakar kejap.
Malam besoknya pula, Mak uda goreng mihun, tempah kuih talam berlapis dengan sagu dan suhun yang tak pernah aku tengok sebelum ni. Rupanya macam pulut seri muka, cuma lapisan bawahnya teradun dari sagu dan suhun. Dia juga mengorder sate untuk malam itu.
Perasan tak kuih hijau yang macam rupa seri muka tu... Inilah dia kuih talam bersagu dan bersuhun tu. Kuih ni manis sikit pada adunan lapisan atas tu. Sagu dan suhun pula terasa lemak dan masin.
Aku yang belum hilang rasa kenyang kerana baru je makan nasi kerabu pada petang tu, cuba mencari ruang di perut untuk makan juga. Memang sedap mihun goreng Mak Uda di makan dengan sate ayam dan daging tu. Tapi tak boleh makan banyak kerana perut pun teramat penuh. Cuma rezeki tak boleh ditolak.
 
Ini pula majlis pada malam sebelumnya. Selepas kekenyangan, semuanya berehat sambil bersembang. Ada yang menonton, ada yang bersembang, ada yang tertidur kerana kekenyangan dan ada yang main game daun, aktiviti suka-suka. Ada yang lagi bersemangat, keluar ke Metro untuk bermain bowling.
Bila dah berkumpul ramai-ramai macam nilah, tak boleh lari dari rasa kekenyangan dan makan-makan. Lepas tu macam-macam cerita dan tajuk perbualan ada. Riuh dan meriah dengan suara gelak ketawa. Apa pun di ucapkan ribuan terima kasih kepada keluarga Pak Muda dan Mak Muda atas jemputan ini. Sehingga jumpa lagi di lain acara.....
Posted by Picasa

No comments:

Post a Comment