Total Pageviews

Friday, 23 December 2011

Ku Ziarah & Ku Di Ziarah

Dah dapat tahu adik ipar jatuh sakit, kali ni dah alang-alang ada kat rumah, terus dapat gi melawat dia. Hubby pun belum pernah sampai kat rumah baru dia ni yang hanya terletak di Morak, Wakaf Bharu. Hampir dua tahun dulu, masa dia mula-mula masuk rumah baru dia ni, hubby tak ada kat tanah air. Aku pula walau pun pernah datang sekali masa balik tahun lepas, tapi aku masih belum ingat jalan masuk ke rumahnya. Sesat jugalah kami cari jalan. Kena beberapa kali telefon tuan rumah. Padahal bukannya susah pun, cuma aku yang selalu lambat hafal jalan.

Sebenarnya orang sakit ni, bila orang datang melawat dia, maka itulah yang bakal menjadi penawar yang paling mujarab bagi dia. Daripada tak kuat jalan, datang je abang membuat lawatan, aku tengok macam ada satu suntikan semangat pada diri adik ipar aku ni. Alhamdulillah selepas tu dia dah dapat bangun dan berjalan dengan agak baik, itu menurut kata birasku.

Oleh sebab itulah kita digalakkan datang menziarahi orang sakit agar diri mereka terasa ada orang yang masih menyayangi mereka, dapat menyuntik semangat kepada mereka dan bakal menjadi penawar yang hebat bagi mengurangkan kesakitan yang dirasai dan ditanggung mereka. InsyaAllah....
Pada hari kedua aku di Taman Ramal Desa, Kajang, anak saudara sulungku pagi-pagi lagi menelefonku. Beria-ria benar dia nak menemui 'Ummi'nya ini. Kagum juga aku dengan sikapnya. Sejak aku di Penang lagi dia dah menelefon. Kebetulan hari ini dia ada menjalankan tugas dekat Bangi, jadi dia boleh terus datang jumpa aku. So inilah pertemuan kami, di kedai makan berhadapan dengan PKNS Bandar baru Bangi.
Aku harap dia semakin matang kini, lebih-lebih lagi selepas hampir 4 bulan berkahwin dengas gadis pilihannya. Kalau kecil-kecil dulu, aku antara orang yang kerap mengasuh dia dan menjaga dia. Tapi itu dah hampir 28 tahun dulu. Masa cepat berlalu, sedar tak sedar rupanya dia dah semakin dewasa, aku...? Aku pula dah semakin tua......
Posted by Picasa

No comments:

Post a Comment